Assalamu'alaikum.
Resepi: Donat ni sedap, tau!
Lama sungguh aku tak buat donat ni. Petang tadi, entah angin monsun apa yang melanda, tiba-tiba je aku terus keluarkan yis dari peti sejuk, dan terus je tuang air suam dan campurkan yis tu dengan sedikit gula. Kacau-kacau sikit, tutup bekas tu dan biarkan lebih kurang sepuluh minit. Masa ni tak tengok resepi lagi. Main tibai je campurkan yis tu dengan gula dan air suam. Tang sukatan air tu pun main ingat-ingat gitu je.
Lepas sepuluh minit, beginilah rupanya bancuhan yis tadi.
Disebabkan agak sibuk sikit, terlajak la perap yis tu. Maka, jadilah yis tu begini pulak. Ahahaha.
Dah selamat aku berikan kepada jiran-jiran terdekat. Alhamdulillah.
Rupa donat aku ni tak secantik donat orang lain tapi pada aku, aku nak makan, bukan nak tengok rupa. Lagipun bukannya aku buat jual. Walaupun rupanya tak semenggah mana tapi struktur donat ni lembut tau. Hehe.
p/s: Ada apa dengan rupa, kan? Asalkan donat ni tak keras macam batu, dah la. Heh.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^