Pages

Saturday, February 13, 2016

Resepi: Kaswi pandan dan kaswi keladi.

Assalamu'alaikum.

Resepi: Kaswi pandan dan kaswi keladi.


Masa cuti raya cina hari tu, aku ada buat kuih kaswi pandan ni. Resepi asal dari kaswi gandum tapi aku adjust sendiri mengikut kemahuan aku. Kaswi pandan ni aku bekalkan untuk adik dan family dia sikit dan buat makan kat rumah sikit. Gambar masa proses buat kaswi pandan ni takde. Cuma ada gambar selepas masak je. 




Petang tadi, aku buat kaswi keladi pula. Aku masih menggunakan resepi yang sama dengan resepi kaswi pandan. Bezanya cuma pada perisa sahaja. Kalau kaswi pandan tu, aku blend sepuluh helai daun pandan dengan tiga cawan air. Kemudian tapis dan tambahkan lagi dua cawan air untuk jadikan air tu betul-betul lima cawan. Lepas tu aku masukkan sedikit pewarna hijau untuk naikkan seri warna atau kalau nak letak pandan paste pun takpe tapi jangan letak esen pandan sebab nanti baunya tak sedap.


Kat bawah ini adalah proses masa aku buat kaswi keladi petang tadi. Jom kita tengok gambar yang aku ambil dan baca sedikit penerangan tu ya. Heh.


Dalam bekas ni, satukan tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam.



Lepas tu, masukkan air dan juga air kapur.


 Kacau sebati semuanya dan masukkan paste keladi dan sedikit pewarna ungu.


 Yang macam cacing tu adalah paste keladi. Kacau sebati.


Tuangkan sedikit minyak masak dalam loyang dan ratakan dengan menggunakan tisu dapur yang bersih. Letak sikit je minyak tu sekadar nak bagi loyang tu berminyak sahaja. Jangan letak banyak sebab takut nanti minyak tu bertakung.


 Kemudian, tapiskan adunan tadi ke dalam loyang.


 Beginilah rupanya.


Sebelum mengukus, panaskan dahulu pengukus. Masa panaskan pengukus ni, aku gunakan tutup kukus tu tapi bila mula kukus kuih ni, aku gunakan dulang yang kecil yang aku bungkus dengan kain tuala. Jangan panaskan pengukus dengan tutup kukus yang berbungkus dengan kain sebab nanti wap panas tu akan meresap kepada kain. 


Kukus dengan api yang besar selama lebih kurang 30-35 minit.


Beginilah rupanya kuih kaswi keladi aku. Sebetulnya, ada lebihan air yang bertakung atas permukaan kuih ni tapi aku hamparkan dengan tisu dapur yang bersih untuk kurangkan atau buangkan air lebihan tersebut. Kena buat tiga empat kali juga la hampar tisu dapur tu. Kena buat cepat-cepat sebab takut nanti permukaan kuih tu rosak. Gambar aku hampar tisu tu takde sebab mana sempat aku nak ambil gambar kalau tengah sibuk nak hampar dan nak buang tisu tu.





Sejukkan dahulu kuih kaswi keladi ni. Apabila sudah sejuk, boleh la dipotong menggunakan pisau plastik dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang dicampur dengan sedikit garam. Alhamdulillah, sedap. Hehe. 





Dah siap! Alhamdulillah. Nak resepi tak? Okay, aku sertakan sekali resepi kuih kaswi keladi aku ni ya walaupun takde siapa yang nak. Hahaha.


Bahan-bahan untuk kaswi keladi.

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
5 cawan air
1 1/2 sudu makan air kapur sirih - airnya ya, bukan kapurnya
2 sudu makan paste keladi - atau ikut kesesuaian rasa keladi tu - aku main picit je paste keladi tu.
1/2 sudu kecil pewarna ungu - tak nak letakpun takpe tapi pucat sikit la kuih tu nanti.

**Cara nak buat, sila rujuk pada gambar di atas.


p/s: Okay, ini sahaja perkongsian resepi untuk kali ini. Moga jumpa lagi di lain masa dan ketika. Cehh! Dah macam segmen kat dalam tv la pulak, kan. Ahahaha.

2 comments:

  1. mmm..sedap nampak..belum pernah makan lagi kuih kosui keladi ni..terima kasih kongsi resepi..

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan sangat especially kaswi keladi :)

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^