Assalamu'alaikum.
Dua versi, tapi...
Hari tu, dua petang berturut-turut aku buat kuih buah melaka ni. Petang yang pertama tu, aku buat buah melaka warna hijau. Ini merupakan kali pertama dalam hidup aku buat kuih buah melaka berwarna hijau. Punyalah lama masa yang diambil untuk cuba mewarnakan kuih buah melaka ni. Heh!
Petang esoknya, aku buat lagi kuih buah melaka ni. Kali ni aku buat tanpa warna tambahan. Aku just buat warna asal je. Buat lagi kuih ni sebab nak habiskan stok kelapa parut muda yang masih bersisa. Bukan senang nak dapat kelapa muda ni. Jadinya, disebabkan sayang nak abaikan begitu saja, maka aku rajinkan jari jemari untuk buat lagi kuih buah melaka ni. Sila ikut kerajinan macam ni ya. Kehkehkeh.
Jika ditanya pendapat aku tentang dua versi buah melaka ni, yang mana yang aku paling suka? Jawapan aku, sudah pastilah yang versi original iaitu yang putih bersih tu.
Entah la, aku ni memang kurang suka jika kuih tradisi ini diwarnakan. Sebab dari kecil lagi aku sudah biasa dengan warna putih tu, hingga dah umur sekarang ni pun tetap suka pada yang putih. Sama la macam roti jala, roti canai atau laksam. Aku suka yang versi asal, yang tidak dicampur adukkan dengan pelbagai jenis warna mengikut peredaran zaman.
Maaf cakap la ya. Jika ternampak roti canai, roti jala atau mee laksam yang pelbagai warna ni buatkan tekak aku sedikit loya. Itu aku la. Jangan ikut aku sebab aku ni agak kolot sikit. Lagi-lagi bab makanan. Memang aku susah nak ikut citarasa orang lain. Heh.
p/s: Nak buat perubahan, janganlah sampai merosakkan nilai keaslian.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^