Assalamu'alaikum.
Mudah sangat percaya, sebab tu mudah kena tipu.
RM0.00 CIMB: Beware of phone scams. Do not share your banking account/card details to unknown callers. Contact us immediately if you received such calls.
Apa-apa call, baik dari bank ataupun badan berkanun yang lain, tak payah la nak percaya sangat. Kalau nak buat urusan, baik pergi je office dorang.
Kadang-kadang rasa hairan jugak macam mana la orang yang bijak pandai ada degree botingkek-tingkek ni boleh kena tipu dengan benda-benda macam ni. Asal ada perkataan DUIT je atau perkataan HARGA PROMOSI je, masing-masing laju je percaya. Kalau orang kurang pandai macam aku yang kena tipu, lain cerita la sebab dah memang tak pandai. Ni orang yang bajet pandaipun kena tipu jugak. Apa celup!
Aku kalau dapat panggilan, baik dari bank atau dari TMNet, aku malas nak layan. Cukuplah sekali dulu aku percaya dengan TMNet. Suruh kita ambil pakej itu ini, kata line laju tapi line macam apa je.
p/s: Belajar dari pengalaman. Kalau tak nak belajar jugak, itu yang asyik terkena je tu. Ini bukan entri menghasut tapi entri untuk mengingatkan. Jangan kecam saya. Heh.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^