Assalamu'alaikum.
Yang patah, jangan terus dibuang.
Gunting kecil aku ni, baru je aku beli. Tak sampaipun seminggu. Baru tiga kali aku gunakan untuk snip bahagian leher baju kurung. Tengah dok sedap buat kerja, tup, dia patah la pula! Adeh, sabar je la.
Gunting lain, takde. Yang ada gunting besar buat potong kain tu. Tak berani la aku nak gunakan gunting besar tu untuk kerja snip. Kang tak pasal-pasal, rosak pulak bahagian leher baju kurung orang! Gunting kecil yang ada tu pulak dah tumpul. Buat sakit hati je nak gunakannya. Kat sini memang payah la nak beli gunting ni. Kalau nak beli, kena pergi ke bandar.
Disebabkan aku nak gunakan sangat gunting ni dan tak mahu kerja aku tergendala, maka akupun gigih la pergi bakar dengan lilin bahagian yang patah tu. Lepas tu, cepat-cepat aku cantumkan balik dan tekan kuat-kuat. Sebelum ni, bahagian kanan tu dah patah dah. Dia patah dalam bentuk L. Jadinya, senang la sikit aku nak bakar dan cantum balik.
Bahagian pemegang sebelah kiri ni dia patah lurus macam tu. Susah sikit nak cantum. Mula-mula tu okay je melekat tapi apabila aku gunakan, dia patah balik semula. Kiranya, cantuman tu tak kuat la. Lepas tu, akupun bakar lagi sekali dan tekan kuat-kuat. Sambil tu, aku panaskan hujung pisau dan aku cairkan plastik pemegang gunting tu dan aku tutup kesan yang patah tu.
Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh gunakan balik semula gunting kecil aku ni. Nampaknya percubaan mencantum kali yang kedua tu berhasil. Cuma kedudukan gunting tu senget sikit la. Tak mengapa la haihh. Asalkan gunting tu tajam dan boleh digunakan, sengetpun senget la. Ahaha.
p/s: Akupun dah beli gunting kecil yang baru jenis besi masa aku ke bandar hari tu. Tapi buat masa ni, aku masih lagi gunakan gunting yang plastik ni. Selagi boleh digunakan, gunakan aje la. Buat apa nak membazir buang jika masih lagi elok. Kan?
Assalamualikum kak azz...sihat?
ReplyDeleteSelamat berpuasa utk kak azz sekeluarga...bagus kak jgn dibuang...jika boleh di baiki apa salahnya kan.