Pages

Sunday, August 14, 2016

Resepi dan cara masak sup ikan siakap.

Assalamu'alaikum.

Resepi dan cara masak sup ikan siakap.


Lama sungguh aku tak kongsi resepi dan tepek gambar makanan kat blog aku ni, kan? Maklum la, macam-macam perkara yang berlaku yang buatkan aku jadi sedikit malas dan takde mood nak buat semua tu. Alhamdulillah, sekarang ni dah ada mood sikit dah. 


Moh la kita tengok gambar dan baca penerangan berkaitan dengan resepi dan cara masak sup ikan siakap versi aku ni. Heh. Sup ikan siakap aku ni versi tumis ya. 


 ^
Tiga ulas bawang putih, satu labu bawang besar, 5/6 biji bawang merah dan seketul halia. Bawang besar dihiris membulat dan bahan lain tu ditumbuk kasar.
v

 Aku gunakan sup punjut Mak Siti tapi aku tambahkan dengan rempah empat sekawan tu sebab bahan tu takde dalam sup punjut Mak Siti tu. Sup punjut Mak Siti tu cuma ada bunjut sup tu dengan daun tu je. Daun apa entah. Hahaha.


 Seekor ikan siakap yang telah dibersihkan dan dua batang daun saderi/celery.


 Kebetulan minyak zaitun ni ada kat dapur, maka aku gunakan aje la minyak ni. Guna dalam satu senduk je. Sekadar untuk menumis.



Okay, sekarang ni cara nak masak sup ikan siakap ni pulak. Jom tengok gambar dan baca penerangan. Macam tak biasa pulak aiihh. Haha.


 Panaskan minyak dan tumis rempah ratus tu dahulu. Bila dah naik bau, masukkan bahan tumbuk tadi dan bawang besar sekali harung. Kacau-kacau jangan sampai hangus. Tunggu sampai bawang layu.


 Lepas tu, masukkan ikan siakap tadi. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Sedikit sahaja ya. Sekadar untuk sebatikan semua. Kiranya macam proses pengecutan la.


Tunggu hingga isi ikan siakap tu berubah warna dan keras. Lepas tu, barulah masukkan air yang secukupnya. Masak hingga kuah sup mendidih. Jika nak kacau, kacau perlahan-lahan supaya isi ikan tidak hancur.
v

 Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pula batang saderi/celery tadi. Kacau perlahan dan biarkan mendidih sekali lagi. Akhir sekali, masukkan garam kasar secukupnya. Jika batang saderi/celery dah lembut, boleh la tutup api dapur.


Dah siap! Senang je nak buat sup ikan siakap ni. Hehe.


Sekian untuk kali ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Oh ya, sup ikan siakap aku ni aku tak letak pak aji naik motor tu ya tapi rasanya tetap sodap! Haha.


p/s: Siapa nak share, silakan share. Ehh...! Kehkehkeh.

1 comment:

  1. Assalammualaikum.

    Nyum nyum, hahaha, sodap makan terus gitu :D

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^