Assalamu'alaikum.
Jom buat makarami atau macrame.
Contoh makarami/macrame yang aku buat masa zaman remaja belia dulu.
Bahagian kepala ni yang agak rumit sikit sebab kena ikat dan tambat kuat-kuat.
Ni peten Square Knots. Kena jalin selang seli. Sekali jalin sebelah kiri, lepas tu jalin sebelah kanan pulak.
Ni pulak peten Spiral Knots. Dia kena jalin ikut satu arah je. Nanti dengan sendirinya dia akan jadi berbelit macam tu.
Ni bahagian bawah untuk kita letakkan pasu atau bekas. Ikut kita la nak letak apapun dalam bekas tu.
Dulu, aku belajar buat makarami yang peten jenis Square Knots dengan yang Spiral Knots je. Yang Half Hitch Knots tu aku tak belajarpun. Lama sungguh tak buat makarami atau macrame ni. Dulu belajar buat dengan orang Jepun yang jadi sukarelawan kat sini. Belajar masa lepas habis SPM. Masa tu jadi Belia 4B. Join la mana-mana aktiviti yang ada. Sekarang ni, dah tak rajin nak join. Dok lepak kat rumah je.
Jom tengok cara asas nak jalin tali untuk jadikan makarami atau macrame.
p/s: Siapa rajin buat dan banyak masa lapang, boleh la buat untuk dijual. Harga tu akupun tak tau la berapa nak letak. Pandai-pandai sendiri la ya letak harga.
wah kreatifnya kak
ReplyDeleteCantik... letak pasu yea.. memang comei la...
ReplyDelete