Assalamu'alaikum.
Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan bendi.
Hari ni masak sempoi je. Ala, selalupun masak sempoi jugak, kan? Ahahaha.
Ikan siakap tu, macam biasa, beli punya. Tak rajin pulak aku nak membelanya. Haha. Cili padi dan kelapa tu dari pokok sendiri dan bendi tu jiran sebelah rumah yang bagi. Dia nak bagi banyak tapi aku ambil empat biji je. Jadi la. Aku sorang je pun yang makan sayur bendi ni. Apapun, terima kasih Kak Long!
Senang je nak buat masak lemak cili padi ni. Janji cili padi dah siap blender. So, tinggal lagi nak ceduk masuk periuk je. Kalau ada santan dalam kotak tu, lagi la senang kerja. Masapun dapat dijimatkan sebab tak perlu nak perah kelapa parut untuk dapatkan santan tu.
p/s: Kalau kita fikir susah nak buat masak lemak cili padi ni, maka susah la jawabnya. Cuba buat dulu dan rasa hasilnya. Pasti nak buat lagi di lain kali.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^