Pages

Sunday, October 16, 2016

Jom kita bakar kalori.

Assalamu'alaikum.

Jom kita bakar kalori.

Petang semalam, aku dok bakar kalori kat kawasan belakang rumah ni. Pagi ni, aku sambung lagi membakar kalori dan juga bakar sampah. Habis melecet tapak tangan sebab buat kerja tak pakai sarung tangan. 






Dah berpuluh-puluh tahun umur pokok belimbing ni. Nak kena letak baja bagi dia keluar buah.


 Pokok dek ekau la nak buek aksi macam manopun. Janji kau temankan aku sampai aku selesai buat kerja. Haha.



 Kayu dari pokok yang ditebang, aku simpan. Senang nanti kalau nak bakar lemang. 


Tembok ni aku minta tolong orang untuk simenkan dan tutup mana-mana bahagian yang berlubang. Takut aku kalau ada si panjang yang buat sarang dalam lubang tu. 


Pokok manggis ni buah dia tak nampak kat atas pokok tapi buah yang gugur punya la banyak. Takde rezeki nak merasa. 


 ^

Teman yang setia menemani aku dari mula buat kerja hingga selesai. Memang aku panggil kucing-kucing aku untuk temankan aku incase berjaga-jaga jika ada binatang berbisa like si panjang tu. Mula-mula tu ramai jugak yang teman. Akhir sekali, tinggal si Kuning ni je. Apapun, terima kasih ya Kuning sebab temankan mami. Ahak.

v


Dah selesai buat kerja, ternampak la pokok belimbing buluh jiran sebelah. Kebetulan, akak tu baru nak mula menyapu sampah. Akupun apa lagi, minta tolong kat dia untuk ambilkan sikit buah belimbing buluh tu. Hajatnya nak buat sambal hitam. 





p/s: Dah selesai buat kerja,  baru la rasa lega. Entah berapa kalori yang terbakar agaknya. Haha.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^