Assalamu'alaikum.
Kadang-kadang serba salah dibuatnya.
Kadang-kadang tergerak jugak di hati nak buat entri semasa yang hot dan terkini atas tujuan nak naikkan rating blog. Namun, apabila difikirkan kembali natijah dan saham yang bakal dihadapkan di kemudian hari, ehh, tak jadi la aihh. Haha.
Kena kaji balik semula pada niat asal jadi blogger. Nak asah bakat dalam bidang penulisan atau nak jadi ahli neraka? Pahala dah la tak seberapa. Lagi nak tambah dosa dengan berita atau entri yang panas macam tu? Biarlah orang lain yang buat kerja sebegitu. Biarlah blog suam takde pengunjung. Heh.
Aku lebih rela letak gambar kucing-kucing aku kat blog aku ni. Tujuan aku buat blog dulupun sebab nak simpan segala kenangan selain daripada minat menulis dan berkongsi sedikit ilmu jahitan yang aku ada.
p/s: Do good and good will come to you. Tak perlu nak memburuk-burukkan orang lain semata-mata mahukan perhatian.
Betul, setuju sangat :)
ReplyDeleteBetul2..saya sokong..
ReplyDelete