Pages

Thursday, October 27, 2016

Rezeki jika rajin mengemas rumah. 😜

Assalamu'alaikum.

Rezeki jika rajin mengemas rumah. ðŸ˜œ


Hari ini, seharian aku dok mengemas bahagian ruang tamu dan bilik abang aku. Sebenarnya aku nak pindahkan rak buku lima belas petak ni masuk ke dalam bilik abang aku tu. Maka, terpaksa la kena punggah semua yang ada kaitan termasuk buku dan baju.


Lebih kurang satu jam operasi memindahkan rak tu bermula, matapun tertancap la pada sekeping duit lima ringgit ni. Apa lagi, seronok ya amat macam la jumpa duit satu guni. Hahaha. Ehh, lima ringgitpun bernilai jugak tau. Jangan nak menyombong sangat sampai tak pandang kat duit lima ringgit ni.




Lepas tu, akupun belek la duit tadi untuk pastikan yang duit tu masih elok dan boleh digunakan. Alhamdulillah, duit tu masih lagi sempurna sifatnya. Lega. Hehe.




Bukan apa. Dulu aku pernah jumpa duit lima ringgit kat depan rumah. Punya la eksaited aku apabila nampak duit tu. Tapi setelah aku belek, rupanya nombor siri duit tu dah terkoyak. Patut la duit tu kena buang. Ralatnya la hati. Kenapalah gelojoh sangat buka sampul duit raya tu sampai terkoyak duit tu dibuatnya. 


Dan inilah dia rak lima belas petak yang telah berjaya aku pindah masuk ke dalam bilik abang aku walaupun pada awalnya rak tu tersekat pada pintu sebab ketinggiannya melebihi aras pintu bilik. Terpaksalah aku baringkan rak tu sambil mulut dok kumat kamit menyebut nama Allah dengan harapan agar Allah permudahkan segala urusan dalam berkemas ni. Bukan apa, takut terhempap je dengan rak tu. Lagi pulak masak mengemas ni, kucing akupun ikut sibuk mengacau. Kena sabar banyak dengan pe'el dorang ni. 




p/s: Alhamdulillah. Selesai sudah urusan mengemas untuk hari ini tanpa sebarang musibah. Baru la rasa lega di hati. Kepalapun rasa ringan je tapi badan ada letih sikit la. Maklum la, dah tua. Heh.

2 comments:

  1. rajin kak azz tau mengemas...juju kalau kemas rumah asyik jumpa duit syiling je pastu penuhkan tabung abam Qi hehe...syok dpt duit selit2 ni rezeki kak azz tau...leh beli memacam

    ReplyDelete
  2. Sebijik macam rak kat rumah ni CA....Tapi hakak buh bukulah.
    Rezeki yang tak disangka sangka ye. Lepas jugak roti telu dengan teh tarik mamamk tu

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^