Assalamu'alaikum.
Boleh percaya ke?
Korang percaya tak dengan benda-benda macam ni? Boleh percaya ke?
Aku ni kalau bab macam ni, memang curios sikit la. Susah sikit aku nak percaya. Bukan apa, takut kena tipu je.
Mula-mula tu, aku follow jugak benda ni. Aku ikut je la dan tick je pada tiap soalan yang diajukan. Akhir sekali, apabila kena apply itu ini, aku jadi malas nak teruskan. Hatipun mula la cuak semacam je. Terus aku klik X. Blah la, apa lagi. Haha.
Kalau korang percaya, boleh je kot join. Kot la ada rezeki korang kat situ. Tapi aku sekali lagi nak bagitau yang aku susah nak percaya. Biarlah orang nak kata aku kolot ke, apa ke. Takde jadi kudispun dengan kata-kata negatif orang ni. Haha.
p/s: Aku lagi suka join peraduan yang menawarkan hadiah berupa novel ataupun duit. Macam peraduan tulis cogankata ke, reka pantun ke, tulis esei pendek ke ataupun peraduan silangkata yang dianjurkan oleh majalah atau suratkhabar yang dipercayai keujudannya.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^