Assalamu'alaikum.
Baiki jam yang rosak.
Hari Isnin baru ni, aku ke Kuala Lipis lagi dengan menaiki bas. Tujuan asal pergi adalah untuk simpan duit kutu dalam tabung haji, update buku ASB kat CIMB dan juga beli tanah kat kedai Peladang untuk projek mini kebun sayur aku. Gigih tu pergi Lipis naik bas.
Mulanya, jiran sebelah yang ajak pergi sebab dia nak beli alat apa entah untuk periksa tekanan gula dalam darah sebab dia ada diabetis. So, dia ajak la aku pergi sekali sebab hari tu aku ada bagitau dia yang aku nak beli tanah kat kedai Peladang tu. Maka, pergilah kitorang berdua. Ikutkan, ini dah kali kedua aku ke Lipis dengan jiran aku tu naik bas. Seronok pulak naik bas sebab dah bertahun aku tak naik bas. Haha.
Masa pergi kali pertama dulu, aku bagitau jiran aku tu yang aku nak tukar bateri jam tangan aku. Dan akak tu pun tunjuk la kedai jam ni. Dan untuk kali kedua ni, aku bawak pulak jam dinding dan jam loceng aku untuk dibaiki. Jiran aku tu pun bawak jugak jam dinding dia yang dah rosak. Dah alang-alang ke sini, baiklah selesaikan semua urusan sekali harung. Jimat masa dan jimat belanja. Takde la nanti nak ulang dua tiga kali untuk ke sini.
Nama kedai jam ni adalah Kwan Cheong. Lokasi dia sebaris dengan Maybank. Rasanya berdepan dengan pejabat pos. Antara situ la kawasan dia. Kalau tak silap pendengaran aku, Uncle tu bagitau yang nombor kedai ialah 87. Kedai ni berkongsi satu ruang kedai dengan barangan elektrik.
Uncle ni tengah baiki jam dinding aku. Jam ni kena tukar motor dia. Kena caj RM28. Okay la sebab aku tak payah dah sibuk mencari jam baru.
Jam loceng aku kat tangan Uncle tu. Saja la nak baiki untuk dijadikan kenangan. Jam ni Uncle tu tak caj sebab dia cuma baiki sikit je. Terima kasih Uncle.
Kedai jam Kwan Cheong ni boleh baiki semua jenis jam. Caj yang dikenakan bergantung pada jenis kerosakan. So, jika ada jam yang rosak, baiklah baiki je lebih-lebih lagi jika jam itu ada sentimental value.
Sebelum ambil gambar ni, aku terlebih dulu minta izin kat Uncle berdua ni. Aku cakap yang aku nak masukkan kedai jam ni dalam blog aku untuk promosi dan dorang berdua izinkan. Aku tak berani la kalau main ambil gambar macam tu je tanpa izin. Lainlah jika aku nak simpan sendiri gambar tu.
p/s: Terima kasih kepada pemandu bas yang tolong masukkan sebanyak tujuh kampit tanah ke dalam tempat simpanan barang. Tanah tu aku punya lima kampit dan lagi dua kampit tu jiran aku punya.
Rajin azz boli tanah bwk naik bas.akak dulu pinah repair jan kek salak tinggi kono 98 hinggit tak elok pun..sekali tu akak poi seromban terminal one..kono 28 ringgit yo botahun elok e.lopeh tu smpi sekarang situ yo akak poi..boli ko repair ko..boli bateri ko..tak tuka kodai dah
ReplyDeleteKedai itu tutup pada hari apa?
ReplyDelete