Pages

Wednesday, January 25, 2017

Siapa kata dah tak boleh guna?

Assalamu'alaikum.

Siapa kata dah tak boleh guna?


Barang yang lepas, hai jangan dikenang. Ehh, ini lirik lagu maa.. Haha. Sekarang ni nak cerita fasal rak sinki ni haa.


Rak sinki ni sebenarnya dah uzur amat dah. Sebab tu la rupa dia macam tu ha. Sedih sungguh menengoknya. Tapi, nak buang, rasa sayang pulak. Rasa macam boleh digunakan lagi khidmat dia tu. Makanya, otakpun mula la fikir macam-macam. Haha. 




Kebetulan cable tie lebihan masa buat para sayur sawi hari tu masih banyak lagi. Makanya, marilah kita menjalankan misi untuk menyelamatkan rak sinki ini. Hehe.




Kita ikat la cable tie tu kat bahagian yang perlu. Kalau cable tie tu tak cukup panjang, boleh je sambungkan cable tie tu. Kenalah berfikir secara rasional sikit. Bukan senang nak berjimat hoii...! 


Ada sesetengah orang, dia dah buang dah rak buruk macam ni. Takpun, dia jual je kat lori besi buruk. Tapi aku tak nak buat macam tu. Prinsip aku, selagi benda tu boleh digunakan, selagi itulah aku akan gunakan dia. Aku tak suka pada pembaziran. Biaq pi la orang nak kata aku kedekut taik idong masin ke, apa ke. Do i look like i care? 


Okay, dah siap! Sekejap je pun buatnya. Senget je rak ni, kan? Memang la. Benda dah uzur, memang la senget semacam je. Kita esok kalau dah tua, senget jugak jalan kita weiii.. Janganlah nak eksen bebeno yaa.. Heh.




Disebabkan rak tu senget, kita sandarkan la dia rapat-rapat kat tepi dinding. Dah selesai masalah senget tadi, kan? Apa la yang nak dirunsingkan sangat fasal senget tu. Small matter maaaa. Heh. 




Maka, jadilah rak ni sebagai tempat untuk aku letakkan bekas semaian sayur aku. Sebenarnya memang inipun tujuannya aku baiki rak sinki ni. Hahaha. Ingat aku saja-saja suka ke dok ikat dan repair rak ni tanpa sebab? Aku, kalau buat satu-satu DIY tu, mesti ada sebabnya. Sama la macam aku buat DIY rak pinggan terpakai untuk dijadikan sebagai sangkar kucing aku hari tu. 


p/s: Jimat, kan? Tak payah dah keluarkan duit untuk beli rak baru. Kalau jual kat lori besi buruk sekalipun, berapa sen je yang dapat. Baiklah aku repair dan guna sendiri. 

5 comments:

  1. Saya pun tak suka pembaziran...tapi saya tak kreatif macam cik azz :-)

    ReplyDelete
  2. bagus, pandai recycle. bahan buangan pun berkurang, duit pun selamat. 😊

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka benar dengan DIY. Selagi boleh guna,kita guna daya kreativiti utk guna semula brg yg dah dikategorikan tak berguna oleh orang lain.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^