Assalamu'alaikum.
Cara nak halang ulat hijau makan daun dan pucuk rock melon.
Hari tu, ada geng kat grup kebun bagi tips untuk halau ulat hijau kat pokok sayur. Katanya, taburkan abu dari bahan yang dibakar seperti kertas, kayu atau daun kering. Makanya, akupun bakarlah daun rambutan kering dan apabila dah jadi abu, aku taburkan abu tu kat pokok rock melon aku tapi kena tunggu abu tu sejuk dulu la. Jangan pulak pi tabur abu tu masa dia masih panas. Kang dengan jari ko sekali melepuh. Niaya je. Hehe.
Macam nak jadi putik je. Jika betul, syukur alhamdulillah.
Ejen pendebungaan sedang buat kerja. Buat kerja elok-elok ya. Hehe.
^
Habis kelabu asap pokok rock melon aku kena tabur dengan abu. Haha
v
Awal malam tadi hujan lebat. Makanya, habis la semua abu tu dibawa dek hujan. Gambar bawah ni aku baru je ambil sekejap tadi. Kena bakar daun rambutan lagi la gamaknya sebab kesan abu tu dah hilang dah. Tadi aku belek daun rock melon tu, sekor ulat hijaupun aku tak jumpa. Alhamdulillah.
^
Ada pepatung merah kat tali penyokong pokok rock melon tu. Suka betul dia main kat situ.
v
Nampak gayanya, lepas ni aku kenalah simpan stok abu tu pulak. Haha.
p/s: Aku hanya mampu berusaha sahaja. Selebihnya, doa dan tawakkal pada DIA. Jika ada rezeki, dapat la aku merasa buah rock melon ni tapi jika sebaliknya, pasrah dan reda je la. Apo nak kato laie, dah takdo joki, kan?
Bagus juga tips ni ya, boleh cuba nanti
ReplyDeleteNAK TANYA BOLE..KENAPA KENA IKAT PASU BUNGA TU...HEHEHE
ReplyDelete