Pages

Wednesday, April 5, 2017

Siakap kukus resepi main campak-campak je.

Assalamu'alaikum.

Siakap kukus resepi main campak-campak je.


Aku baru siap masak ikan siakap kukus ni. Resepi aku ni, aku main campak-campak je. Ikut je citarasa sendiri. Tak payah nak peningkan kepala dok google itu ini. Jangan rumitkan fikiran dengan masalah sekecil ini. Heh.


Bahan yang aku gunakan untuk masak siakap kukus ni sempoi je. Macam yang aku beritahu kat atas tadi, aku malas nak peningkan kepala. Masak je la ikut kepala aku ni. Haha.




Ni dia bahan yang aku gunakan untuk masak siakap kukus ni.

1 ekor ikan siakap - buang sisik, potong, bersihkan. (aku tinggalkan dua keping isi siakap tu untuk masak lain kali)
1 kiub ayam Knorr - ramas dan hancurkan
1 biji tomato - potong enam
1 biji lada besar - dihiris
1 labu bawang besar -dihiris membulat
2 ulas bawang putih - dititik
3 tangkai kacang panjang merah - petik dari mini kebun aku.
3 pokok daun bawang - juga petik dari mini kebun.
Sedikit serbuk lada hitam




Gaulkan ikan siakap tadi dengan pati kiub ayam Knorr yang telah diramas. Kemudian, masukkan bahan yang lain dan gaulkan semuanya supaya sebati. Masukkan sedikit air dan tutup kuali dengan tudung periuk. Masak dalam anggaran 10 minit atau ikut kita la nak masak lama mana. Haha. Tak payah letak garam ya sebab pati kiub Knorr tu dah cukup dah rencahnya. 




p/s: Okay. Dah siap masak dah. Mudah je, kan? Lagi mudah masak siakap kukus ni daripada mencipta alasan. Heh.

2 comments:

  1. senang sangat resepinya, tapi tetap nampak menyelerakan kak Azz...izinkan angah menirunya hujung minggu ini...

    ReplyDelete
  2. HAHA..CAMPAK-CAMPAK LAGI SEDAP DAN MENARIK NI...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^