Assalamu'alaikum.
Rezeki untuk orang yang rajin. Heh.
Beberapa hari lepas, tak ingat dah hari apa, aku kemas la sikit bahagian dapur rumah aku ni. Ikutkan memang malas sangat nak kemas tapi aku gagahkan jugak diri.
Lepas tu, masa mengemas tu, hati dok berbelah bagi je samada nak basuh atau tidak tikar getah pelapik rak kayu tu. Lima enam kali jugak la aku dok berkira-kira. Punyalah malas. Haha.
Akhirnya, aku basuh jugak tikar getah tu sebab nampak memang dah hodoh sangat dah. Masa angkat tikar getah pada rak yang kedua tu, mata terpaku sekejap pada sesuatu. Eh! Eh! Eh! Apakah?
Dan, akupun terus la belek dan ambil apa yang aku tengok tadi.
Ingatkan cuma sekeping je. Rupanya tiga keping weiii...! Apa lagi, seronok sakan la. Hilang sekejap rasa penat mengemas tadi. Hahaha.
Akupun bagitau mak aku yang aku jumpa duit selit dia. Tapi aku siap cakap yang duit tu aku nak sebab upah penat mengemas. Mak aku sengih je lepas tu abang aku kata; mak cakap ambik la. Hahaha. Alhamdulillah, terima kasih mak. Boleh la aku masukkan dalam tabung aku pulak. Hehe. Boleh la simpan dalam tabung haji.
p/s: Niat kena ikhlas maaa.. Niat ikhlas memang nak mengemas. Jangan pulak niat mengemas sebab nak cari duit terselit tu. Tu dah kira memang ada niat nak menyelongkar dan mencuri. Kang tak memasal jadi macam bibik viral tu. Na'uzubillah.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^