Pages

Thursday, July 6, 2017

Bukan senang nak senang.

Assalamu'alaikum.


Bukan senang nak senang. 


Orang hanya nampak kita apabila kita dah senang, tak kiralah senang sikit, apatah lagi senang banyak yang membuatkan hati mereka tidak tenang melihat kesenangan kita itu.


Orang tidak tahu dan tidak nampak betapa jerih dan payahnya kita menahan segala dugaan luaran dan dalaman dalam mencari sedikit kesenangan hidup.





Ini antara apa yang aku dan kakak aku luahkan masa raya hari tu. Kitorang berdua ni memang jenis yang menahan segala kehendak nafsu demi untuk mencari sedikit kesenangan. Kami tidak bermewah-mewah dengan barangan berjenama. Hiduppun sekadar adanya sahaja. Namun, kami tetap bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. 


Pengalaman banyak memainkan peranan dalam mematangkan diri dalam menempuh kehidupan. Moga kita semakin kuat, tabah dan sabar dalam mengharungi segala onak ranjau itu. Dan moga kita tidak tergolong dalam golongan yang sesat dan takbur. Aamiin.


p/s: Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Mana satu yang kita mahu? Atau mana satu yang kita perlu? Keperluan atau kemahuan? Tepuk dada, tanyalah akal. 

2 comments:

  1. Kesusahan akan mematangkan seseorang..jadi jgn mengeluh...

    ReplyDelete
  2. firzz duka:

    Betul. Jangan mengeluh. Belajar dari pengalaman masa lalu ataupun pengalaman orang lain. Dan berusaha untuk keluar dari kepompong 'susah' itu sendiri.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^