Pages

Saturday, July 22, 2017

Makan masa jugak nak selesaikan.

Assalam'ualaikum.

Makan masa jugak nak selesaikan.


Minggu lepas, aku setelkan bahagian ini. Sebenarnya dah naik rimas dengan rumput yang asyik tumbuh je. Lepas tu pulak, geng bulus yang banyak kat rumah ni dok membuang kat atas rumput tu yang ada ketikanya aku terpijak! Tu yang geram je. Haha.




Sudahnya, aku ambil keputusan untuk bersihkan kawasan ni dan aku rancang nak jadikan tempat ni sebagai kebun mini aku yang baru. Itupun tak habis jugak tu. Tangguh lagi sebab tengah tunggu nak beli plastik silvershine untuk tutup tanah tu.


Masalahnya, plastik silvershine tu takde jual kat sini. Abang aku pergi bandarpun dia tak tau nak cari kat mana plastik tu. Sudahnya, aku guna je plastik apa yang ada asalkan plastik tu besar dan tebal sikit macam plastik beras tu. 




Makanya, pagi tadi sampailah ke tengahari, akupun mulakan proses menggunting plastik dan jugak angkut pasu dan bata dari sebelah kiri rumah dan bawak ke sebelah sini. Kerja jadi mudah sebab plastik tu aku memang dah siap letak kat satu tempat. Makanya takde la aku tercari-cari plastik tu. 


Lima enam kali jugak la kau dok ulang alik bawak semua tu dengan kereta tolak. Syukurlah aku tak pancit. Alhamdulillah. Tapi tayar kereta tolak tu yang macam nak pancit. Haha. Sebelum susun plastik tu, kena buang dulu sisa bom atom yang geng bulus lepaskan. Adehh...









Sediakan tempat je dulu.  Nak tanam apa, fikir kemudian. Apa yang pasti, tanam sayur yang boleh dimakan. Takde dah nak tanam pokok bunga. Cukuplah dengan pokok bunga yang ada.



p/s: Senang kumpulkan semua pasu tanaman ni kat satu tempat. Senang nak jaga dan pantau serta siram.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^