Assalamu'alaikum.
Nak buat apa dengan rangka jaring kipas ni?
Haaa, apa nak buat dengan rangka jaring kipas ni? Ada la benda yang aku nak buat. Macam-macam boleh buat dengan rangka jaring kipas yang dah rosak ni. Jangan terus main buang je. Bernilai sangat ni pada orang yang rajin dan kreatif. Ceh...! Haha.
Oh ya, rangka kipas ni semua adik aku bawa balik dari rumah dia. Dia tau yang aku ni suka buat benda-benda kreatif ni, tu yang dia angkut bawa balik dari Shah Alam tu. Ni kalau dia buang, mau berebut orang pi kutip. Kehkehkeh. Macam mana la dorang guna kipas ni sampai banyak macam ni semuanya rosak. Ganas ya amat aiihh.. Sabar je la.
Oh ya, rangka kipas ni semua adik aku bawa balik dari rumah dia. Dia tau yang aku ni suka buat benda-benda kreatif ni, tu yang dia angkut bawa balik dari Shah Alam tu. Ni kalau dia buang, mau berebut orang pi kutip. Kehkehkeh. Macam mana la dorang guna kipas ni sampai banyak macam ni semuanya rosak. Ganas ya amat aiihh.. Sabar je la.
Sebelum ni aku tanam orkid kat dalam rangka kipas ni. Eh, bukan aku yang tanam tapi kakak ipar aku yang tanam. Aku cuma tolong-tolong je. Dah lama dah ni. Dah beberapa tahun berlalu dah. Hehe.
Sekarang ni, aku letak pulak pasu kecil yang aku tanam dengan sawi dan aku susunkan dalam rangka kipas ni. Dah malas dah nak tanam orkid. Orkid tu pun bukannya boleh makan. Dah tu, malas pulak nak keluar bunga. Kalau orkid tu rajin berbunga, takde la aku ralat sangat. Haha. Baiklah aku tanam sawi je. Boleh jugak makan. Yang penting, boleh jimatkan belanja dapur. Haha.
Guna je sesiku L atau shelf bracket dan ikatkan kuat-kuat pada jeriji besi tingkap tu. Aku ikat dengan cable tie dulu, lepas tu baru aku ikat dengan tali. Kemudian, ikatkan pula kayu untuk buat palang kat atas tu. Palang tu aku gunakan rotan sebab ringan. Kalau nak gunakan batang besi, berat sangat. Kang roboh pulak jeriji tingkap bilik aku tu. Haha.
Ada lagi ni rangka kipas yang masih belum digunakan. Biar dulu la sebab benih sawi baru je disemai. Dah besar sikit nanti, baru ubah masuk ke dalam pasu kecil dan boleh la susunkan dalam rangka kipas tu.
p/s: Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih. Itu je. Jangan bagi alasan macam-macam untuk tidak menanam sayur di rumah.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^