Pages

Wednesday, August 30, 2017

Geng ngempeng!

Assalamu'alaikum.

Geng ngempeng!


Dorang ni, kan? Ishh....!!! 






Ingatkan buat apa je dok berlonggok kat situ. Rupanya tengah ngempeng berjemaah! Ceh..











Memang takdak gheja sungguh aiihh..! 







Tak puaih ngempeng kat luaq, pi sambung pulak ngempeng kat dalam bilik. Alahaii...










p/s: Dah tua bangkapun masih lagi ngempeng! 

Sunday, August 27, 2017

Hendak, seribu daya...

Assalamu'alaikum.

Hendak, seribu daya...


Iya. Jika nak buat, seribu daya boleh diikhtiarkan. Jika tak nak buat, seribu alasan boleh diciptakan. Terpulanglah pada diri masing-masing samada nak buat ataupun tidak.


Pagi ni, aku ubah anak pokok sawi ke dalam segala jenis bekas plastik yang ada kat rumah ni. Akukan jenis yang suka DIY dan kitar semula. Yang penting, jimat. Haha.


 Hari tu, main campak je biji benih sawi kat dalam pasu besar ni.


 Mula-mula tanam macam ni.


^
Lepas tu, jadi macam ni pulak. Makin bertambah. 
v




 ^
Sekarang dah jadi macam ni la pulak. Ada satu lagi barisan kat depan. Hahaha.
v


Ni, aku nak bebel sikit. Heh.


Nak berkebun ni, kenalah keluarkan modal. Janganlah asyik nak minta benih atau anak pokok kat orang. Beli sendiri benih tu. Semai dan jaga sampai menjadi. Jika tak menjadi atau benih tak hidup, beli lagi dan semai lagi. Jangan putus asa.


Tabiat orang kita ni memang suka meminta-minta. Mungkin seronok sebab sentiasa dapat apa yang diminta. Kadang-kadang tanamnya tak jugak tapi memanjang la asyik meminta je.


Ini realiti kehidupan sebab aku dah pernah jumpa orang macam ni. Dia tengok kita menanam, diapun nak menanam jugak tapi dia buat kerja menanam tu tak bersungguh hati. Tak kiralah samada tanam pokok sayur atau pokok bunga. Dia main tanam macam tu je, lepas tu dok biar je tanpa dijaga.


Ada juga orang yang kita dah bagi benih sayur kat dia tapi benih tu dia biarkan bersepah-sepah dan tidak disimpan dengan elok seolah-olah pemberian kita tu takde nilai pada dia. Jadinya, sia-sia je kita bagi benih sayur atau anak pokok kat orang macam ni.

Sebab tu aku lebih suka beli sendiri benih apa atau anak pokok apa yang aku teringin nak tanam. Modal tu aku kumpul la sikit-sikit. Kenalah berkorban ketepikan beberapa perkara. Ada juga benih yang aku tukar-tukar dengan jiran. Tukar dengan jiran tak perlu kena bayar harga pos. Heh.


Tak perlu nak terasa jika tak buat perangai suka meminta-minta macam ni. Tapi jika memang suka buat perangai macam ni, eloklah buang perangai tu. Bukan apa, takut nanti lama-lama orang menyampah kat kita.

Perbetulkan niat kita. ✌️✌️✌️


p/s: Tak kisah la nak tanam macam manapun. Yang penting, ada usaha untuk menanam tapi modal kenalah keluar sikit.

Thursday, August 24, 2017

Bertahun aku menanti, akhirnya...

Assalamu'alaikum.

Bertahun aku menanti, akhirnya...


Iya. Memang dah lama aku tanam pokok bunga amaryllis ni tapi sekalipun dia tak pernah keluarkan bunga dia. Rasanya dah lebih dari tujuh tahun. Dah macam-macam jenis baja aku taburkan tapi hasilnya tetap nan hado. Kedekut sungguh aihh...!


Ikutkan hati, memang nak buang je tapi apabila fikir balik semula, takpe la, biar je la dia kat situ. Lagipun aku beli anak pokok ni dengan jiran aku. Harga dia RM6. Masa tu pokoknya kecil je. Yang buatkan aku geram adalah pokok jiran aku tu dah berkali-kali keluar bunga tapi pokok aku ni sekalipun tak pernah berbunga. 


Baru-baru ni, dek kerana terlalu geram, aku siap ugut pokok ni. Aku kata; kali ni kalau kau tak nak berbunga jugak, aku buang terus! Lantak la. Takde dah nak fikir sayang ke, apa ke. Ha, sampai macam tu sekali tahap kegeraman aku. Hahaha.


Tup-tup, tak berapa hari lepas tu, aku tengok dah keluar dah sulur bunga dia. Ya Allah! Aku punya suka tu tak boleh nak digambarkan. Seronok sangat. Alhamdulillah. Ni semua atas izin dari Allah. Bukan sebab aku ugut nak buang dia. Hehe.


^
Gambar pada 18/8/2017
v



 Gambar pada 22/8/2017.


Gambar pada 23/8/2017.



Dan di bawah ini pula merupakan gambar yang aku baru ambil tadi. Kiranya gambar pada 24/8/2017 la. Heh. Sekuntum bunga ni dah berkembang dah. Cantiknya warna dia. Alhamdulillah. Seronoknya hatiku ini. Ecehh... 








Dan setelah tujuh tahun lebih amaryllis ni tak pernah berbunga langsung, kini dia berbunga lagi untuk kali yang kedua dalam jangka masa dua minggu dari bunga yang kali pertama. Alhamdulillah.





p/s: Dia punya seronok tu lain macam! Alhamdulillah. Hehe.

Cara mudah nak alihkan barang berat.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah nak alihkan barang berat.


Aku tak tau nak letak apa untuk tajuk entri aku kali ni. Makanya, aku letak aje tajuk macam kat atas tu. Jika tajuk tu tak kena dengan isi dalam entri, aku minta maaf la ya. Heh.


Cara aku ni mudah je. Aku hanya gunakan penutup mister potato ni. Hah! Tak percaya? Percayalah. Haha.




Kisahnya begini. Malam tadi, aku nak ubah susun atur barang kat dalam bilik jahit aku ni. Aku nak alih la kedudukan mesin jahit tepi aku ni. Masalahnya, mesin ni berat ya amat. Memang boleh tarik sebab tapak kaki tu ada macam getah yang melekat tapi susah nak bergerak sebab berat. Jenuh weii nak tarik. Nak angkat berduapun berat. Nak tolak memang tak boleh sebab dia tak akan bergerak. Masa dok terhegeh-hegeh tarik mesin ni la aku terpandangkan bekas kosong mister potato ni. Terus aku dapat idea untuk letakkan penutup tu di bawah tapak kaki mesin jahit tepi aku ni.




Aku letakkan empat penutup mister potato tu pada empat kaki mesin jahit aku ni. Lepas tu, terus je aku tolak dan dengan mudahnya, mesin itupun bergerak. Tak payah ajak orang untuk tolong. Yang penting, permukaan lantai kena licin dan rata. Kalau permukaan lantai tak sekata, memang payah la nak buat kerja menolak dan menarik tu sebab nanti dia sangkut-sangkut.




Gambar bawah ni pulak aku letakkan penutup plastik yang ada kat tin susu pekat manis. Penutup ni dah lama aku simpan. Sekarang ni aku mana ada beli dah susu pekat manis ni. Dah tak minum dah.




Senang dah nak ubah-ubah kedudukan kerusi besi ni. Takde la bunyi bising kesan tarik kerusi besi tu. Lantaipun takde la rosak dan ada kesan karat.




p/s: Tengok pada jenis barang jugak la nak letak lapik penutup plastik macam ni. Tapi tak salah nak cuba untuk barang lain pulak, kan?

Monday, August 21, 2017

DIY: Buat bookmark sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat bookmark sendiri.


Haha. Masih lagi dengan entri berjimat cermat. Kali ni nak tunjuk cara aku buat bookmark sendiri. 


Aku ni suka beli dan baca novel dan ada di antara novel tu sudahpun aku jual balik semula. Cuma sekarang ni je aku dah kurang beli dan baca novel tu. Kalau dulu, dalam empat lima tahun lalu, memang mencanak je mood aku dalam membaca novel ni tapi sekarang ni, hmmm... Hahaha. 


Disebabkan ada novel yang tidak disertakan sekali dengan penanda buku ataupun bookmark, maka akupun buat la bookmark sendiri. Tak kuasa aku nak beli bookmark semata-mata. Kadang-kadang kalau takde bookmark, aku tanda je muka surat yang aku baca tu dengan tisu. Kahkahkah.


Bookmark versi aku ni senang je nak buat. Korangpun boleh buat jugak. Yang penting, JIMAT! Heh.



 ^
Gunakan aje apa-apa kad,  label yang ada pada pakaian atau label pada apa-apa barang yang kita beli. Dan ambil je tali atau riben dari beg kertas doorgift yang kita selalu dapat tu. Buatlah ikut kreativiti kita. 
v





Mudah je nak buat bookmark ni, kan? Hanya perlu masa dan sedikit je tenaga untuk membuatnya. Haha. Malu ke nak gunakan bookmark macam ni? Alah, bookmark aje pun. Lagipun bookmark ni letaknya dalam buku. Hanya sebagai penanda muka surat buku sahaja. Lainlah kalau kau pi gantung bookmark tu kat leher. Haha.


p/s: Aku memang tak suka membazir sebab membazir itu amalan syaitan. Kalau asyik membazir je, sampai bila nak belajar menabung, kan?

Wednesday, August 16, 2017

Urut Sayang.

Assalamu'alaikum.

Urut sayang.


Kali ni aku nak kongsikan apa yang aku ambil dari facebook. Ia berkaitan dengan teknik mengurut untuk mengurangkan beberapa jenis kesakitan yang kita alami. 


Sumber gambar aku ambil dari SINI.  Tapi aku dah screen shot untuk aku masukkan dalam entri blog aku ni. Cuma bahagian komen tu aku terpaksa sembunyikan sebab ada komen-komen yang agak lucah sikit. Tak seronok la tayang komen macam tu kat entri blog aku yang suci murni ni. Hahaha.





Jom tengok gambar yang aku dah screen shot tu. Nanti boleh la cuba buat sendiri.










Aku selalu tengok ada dua tiga orang jiran aku selalu buat urutan kat jari jemari dorang. Mulanya aku takde la nak ambil kisah sangat tapi selepas baca info ni, barulah aku tau kenapa dorang buat macam tu. Ada sebab rupanya. 


p/s: Tak salah untuk kita mencuba, kan?