Assalamu'alaikum.
DIY: Buat bookmark sendiri.
Haha. Masih lagi dengan entri berjimat cermat. Kali ni nak tunjuk cara aku buat bookmark sendiri.
Aku ni suka beli dan baca novel dan ada di antara novel tu sudahpun aku jual balik semula. Cuma sekarang ni je aku dah kurang beli dan baca novel tu. Kalau dulu, dalam empat lima tahun lalu, memang mencanak je mood aku dalam membaca novel ni tapi sekarang ni, hmmm... Hahaha.
Disebabkan ada novel yang tidak disertakan sekali dengan penanda buku ataupun bookmark, maka akupun buat la bookmark sendiri. Tak kuasa aku nak beli bookmark semata-mata. Kadang-kadang kalau takde bookmark, aku tanda je muka surat yang aku baca tu dengan tisu. Kahkahkah.
Bookmark versi aku ni senang je nak buat. Korangpun boleh buat jugak. Yang penting, JIMAT! Heh.
^
Gunakan aje apa-apa kad, label yang ada pada pakaian atau label pada apa-apa barang yang kita beli. Dan ambil je tali atau riben dari beg kertas doorgift yang kita selalu dapat tu. Buatlah ikut kreativiti kita.
v
Mudah je nak buat bookmark ni, kan? Hanya perlu masa dan sedikit je tenaga untuk membuatnya. Haha. Malu ke nak gunakan bookmark macam ni? Alah, bookmark aje pun. Lagipun bookmark ni letaknya dalam buku. Hanya sebagai penanda muka surat buku sahaja. Lainlah kalau kau pi gantung bookmark tu kat leher. Haha.
p/s: Aku memang tak suka membazir sebab membazir itu amalan syaitan. Kalau asyik membazir je, sampai bila nak belajar menabung, kan?
Nampak mudah.
ReplyDelete