Pages

Monday, August 14, 2017

DIY: Percubaan membuat baja kompos sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Percubaan membuat baja kompos sendiri.


Zaman sekarang ni, jika ada benda yang kita boleh buat sendiri atau DIY, baiklah kita usahakan untuk buat sendiri. Disamping dapat menjimatkan kos, kita juga dapat satu pengalaman baru. Mungkin percubaan kali pertama itu menjadi dan ia akan jadi semangat pada kita untuk terus gigih berusaha. 


Ewah, dah macam apa dah dia punya intro. Hahaha.


Okay, aku cuma nak kongsikan cara aku buat baja kompos ni je sebenarnya. Hehe. Baja kompos aku ni bahan dia mudah ya amat. Apa yang aku perlukan cuma daun kering dan juga tanah hitam. Tanah hitam ni aku beli kat nurseri sebab malas nak mencangkul. Kata nak jimat tapi nampak gayanya tak jimat jugak. Haha. Takpe, beli tanah hitam tu bukannya banyak manapun. Beli sekampit besar tu je dah la.




Aku dah lama dah simpan daun rambutan kering yang aku sapu ni. Aku simpan dalam plastik sampah yang besar tu. Lama jugak aku peram sampai naik reput la plastik tu. Hehe. Daun rambutan yang kat bahagian bawah tu pun dah mereput dah. Yang kat atas tu je yang masih degil tak nak mereput. Jadi, aku kenalah gunting kecil supaya ia mudah nak reput.




Cara nak buat baja kompos ni adalah dengan masukkan daun kering yang dah reput tu ke dalam pasu dan diselang selikan dengan tanah hitam tadi. Buat sampai penuh pasu tu. Biarkan je pasu tu terdedah dan jika hari tak hujan, kenalah siram supaya proses pereputan daun tadi menjadi semakin lancar. Letak la daun reput tu banyak sikit daripada tanah. Jadi, dapat la kita jimatkan tanah tadi. 


Jika ada lebihan kulit buah seperti kulit betik, kulit pisang atau kulit jagung, boleh jugak masukkan sekali. Seeloknya, potong kecil dulu semua kulit tadi. Nak masukkan kulit telurpun boleh tapi syaratnya, kenalah hancurkan dulu kulit telur tu. Boleh jugak masukkan lebihan sayur yang dah layu yang kita tak nak masak. Kesimpulannya, bahan buangan tadi boleh dimanfa'atkan sepenuhnya jika kita rajin. 



Aku lupa dah ni anak pokok apa. Samada anak pokok kobis bulat ataupun kobis bunga.


Apa yang penting, jangan masukkan sisa makanan yang sudah dimasak terutama sekali makanan yang berminyak. Takut nanti keluar ulat pulak. Kang tak memasal kita pulak yang geli nak tengok.


p/s: Aku dapat empat pasu baja kompos ni. Pasu aku tu agak besar jugak. Jika aku isi tanah je dalam pasu tu, sekampit tanah tu cuma dapat isi dalam dua buah pasu je.



Update. (29/8/2017)
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini pulak percubaan aku buat baja kompos dengan menggunakan sisa buangan dari dapur. Segala jenis kulit buah, kulit telur, lebihan sayur yang dah layu, kulit bawang dan sebagainya aku kumpulkan dan aku masukkan ke dalam pasu besar ni secara berselang seli dengan tanah hitam yang aku beli kat nurseri.





 Tutup dengan jaring dan jangan lupa siram untuk mempercepatkan proses pereputan.



1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^