Assalamu'alaikum.
Jimat enam puluh ringgit!
Gigi ni dah lama goyang. Aku tak tau ni gigi apa. Nak kata gigi geraham, dia takde la besar sangat. Tapi kedudukannya memang kat sebelah gigi geraham aku yang belah bawah tu.
Masa gigi aku ni sakit, aku dah nak pergi dah klinik kerajaan yang dekat rumah ni tapi aku tangguh-tangguhkan. Maknanya, aku masih boleh tahan lagi sakit gigi tu. Mungkin dek kerana geram, aku selalu la mainkan lidah aku kat gigi ni. Aku dok tolak la gigi tu dengan lidah. Tolak ke tepi, tolak ke depan, tolak ke kanan dan tolak ke kiri. Tapi takde la sakit gigi tu. Hahaha.
Aku dah siap plan nak ke bandar dah. Bukan sebab gigi tu sakit tapi sebab tak selesa nak makan. Malam sebelum hari yang aku plan nak ke bandar tu, lagi beria aku main tolak-tolak gigi aku tu. Hik. Entah macam mana, tiba-tiba je gigi tu tercabut dengan jayanya..! Terus aku bersorak sakan. Mujur tak tertelan gigi tu. Haha. Lagi satu, gigi tu elok je tercabutnya. Takde darah, takde patah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan aku. Tak perlu dah aku pergi klinik gigi kat bandar tu. Yang penting, aku dah jimat enam puluh ringgit! Mana la aku tak meloncat sakan. Haha.
Panjang betul gigi ni. Tapi ni bukan gigi taring ya. Haha.
Aku tak tau berapa harga untuk cabut sebatang gigi untuk masa sekarang. Akupun dah lama tak cabut gigi kat klinik swasta ni. Abang aku la yang bagitau sebab dia baru je cabut gigi kat klinik swasta kat bandar tu.
p/s: Yang tak seronoknya, gigi dah makin kurang. Adeh. Nak makanpun jadi susah sikit la sebab dah ada ruang kosong kat barisan gigi geraham tu. Haha.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^