Pages

Monday, September 4, 2017

Masak-masak di hari raya aidil adha.

Assalamu'alaikum.

Masak-masak di hari raya aidil adha.


Masa raya, kalau tak masak-masak, bukan raya namanya. Tak kiralah masak apapun, janji masak. Pelik jugak apabila ada orang yang malas nak memasak kat rumah, baik rumah sendiri apatah lagi rumah mentua. Kalau tak masak, anak-anak dan suami tu nak makan apa? Ke, nak suruh mentua atau ipar duai yang masak dan awak duduk je dalam bilik melayan gadget? Kurang ajar namanya kalau buat perangai macam ni. 


Mula-mula, aku masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan sayur-sayur yang aku petik dari kebun mini aku tu. Alhamdulillah, dah banyak kali dah dapat tuai hasil dari kebun mini tu. Inilah nikmatnya jika berbudi pada tanah.









Lepas tu, masak lagi. Buat kek pisang pulak. Dah agak lama jugak aku tak buat kek pisang ni. Ada la dekat setahun tak buat gara-gara aku tak sihat tahun lepas. Syukurlah raya tahun ni aku dah sihat walaupun masih kena makan ubat. Syukur jugak sebab mixer The Baker aku ni masih lagi sudi berkhidmat. Takut jugak kalau dia meragam. Maklum la, dah lama dibiarkan terabai. Heh.






Kek pisang ni aku saja tambah bahan lain. Aku letakkan dua sudu makan serbuk koko. Biasa la, aku ni kan suka derhaka pada resepi. Kononnya nak try and error la. Haha.











Selesai kek pisang, masak lauk lagi. Kali ni masak lemak cili padi ayam tapi ala-ala rendang. Cuma rendangnya tidak kering sebab gunakan ayam daging. Lagipun, ayam daging ni kurang sedap dijadikan rendang. Pada aku la. Orang lain, aku tak tau. 







Hahaha.


Kemudian, buat kek lagi. Kali ni buat kek marble pulak. Dua hari berturut-turut aku bakar kek. Anak-anak buah suka makan sebab tak manis sangat sebab aku kurangkan sukatan gula.











Gambar kat bawah ni merupakan kek marble yang mula-mula aku buat. Gambar yang kat atas tu kek marble yang kedua. 






Dan lepas tu, masak lagi dan lagi. Memang tak kering jari la dok kat dapur je. Haha. Seawal pagi dah mula buat rendang daging. Kali ni buat rendang tu kering. Sambil masak rendang, masak pula agar-agar santan. Siap agar-agar, rebus pulak nasi impit segera. Kemudian, masak pulak kuah kacang.








Kemudian, teringat pulak kat pulut yang dibeli masa raya puasa hari tu. Pulut tu kakak aku tak jadi guna untuk lemang. Takut pulut tu berbubuk, maka akupun buat la pulut kuning. Ni merupakan kali pertama aku buat pulut kuning ni dari proses merendam pulut hinggalah selesai. Selalunya tolong mak aku je tapi sekarang kenalah belajar buat sendiri.


Masa mengukus tu, aku kerap juga buka tutup kukus tu dan karih pulut tu supaya masak sekata. Sambil tu, aku renjis-renjiskan pulut tu dengan air biar lagi cepat pulut tu masak. Alhamdulillah, eksperimen aku menjadi. Hehe. Oh ya, aku lapikkan pengukus dengan daun pisang. 



 ^
Apabila pulut dah masak dan lembut, keluarkan dari pengukus. Gaulkan dengan pati santan yang dicampur dengan sedikit garam halus. Gaul rata guna senduk. Lepas tu, masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi sekali. Kali ni kukus sekejap je sebab nak bagi santan tu masak sempurna supaya pulut tak cepat basi.
v



Alhamdulillah. Pulut aku menjadi dan habis dimakan bersama rendang. Pagi raya rendang dah tinggal serdak je. Hahaha. Masa merendam pulut tu, mak aku kata tak payah letak garam. Aku tanya mak aku sebab aku teragak-agak sama ada nak letak garam ataupun tidak tapi aku dah letak sikit. Dah letak baru tanya mak aku. Geleng kepala mak aku. Haha. Mak aku kata, masa masukkan pati santan baru letakkan garam. Itupun letak sikit je.




p/s: Okay. Habis dah kisah fasal masak-masak di hari raya. Sebenarnya, aku nak delete gambar yang ada dalam folder laptop aku ni. Tu yang aku sumbat semua gambar dalam satu entri. Hahaha.

2 comments:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^