Assalamu'alaikum.
Jadi tak kek marble ni?
Never give up!
Ya. Atas sebab tidak mahu mengaku kalah, aku cuba lagi buat kek marble ni. Sebelum buat, aku berdoa banyak-banyak. Harapnya kali ni kek marble aku ni elok la sikit kejadian dia. Tak nak la bantat lagi macam hari tu.
Ikutkan aku, memang dah trauma dah nak buat kek marble ni. Amboii, trauma ya. Buat kek pun boleh trauma ke? Drama sangat aihhh.. Haha. Tapi disebabkan ingin mencabar keyakinan diri, aku cuba lagi buat untuk kali yang ke berapa entah. Pokoknya, selagi ada stok buttercup kat dalam peti beku tu, selagi tu la aku akan terus mencuba. Gigih tak? Kegigihan macam ni la yang korang kena contohi. Pheeeww...! Bukan senang nak isi bakul angkat sendiri ni. Hahahaha.
Okay, jangan nak merapu banyak sangat. Cukuplah drama tv3 je yang merapu. Ehh..! Haha..
Jom tengok gambar. Resepi aku bagi part last nanti. Macam la ada orang nak resepi aku tu, kan.. Apa-apa je la. Hehe.
Jom tengok gambar. Resepi aku bagi part last nanti. Macam la ada orang nak resepi aku tu, kan.. Apa-apa je la. Hehe.
Kek marble aku ni merekah sikit kat bahagian atas tu. Tapi takpe la. Yang penting, dia elok je naik dan tidak bantat. Kalau tengok kat Youtube, banyak je kek yang dorang buat tu merekah kat atas.
Alhamdulillah. Elok je gebu dan lembut kek marble aku kali ni. Sukanya la haiihh..! Rasa berbaloi buang masa dok kat dapur apabila dapat hasil yang boleh dibanggakan. Maklum la, aku bukanya pandai buat kek. Jadinya, apabila kek menjadi, memang seronok sangat la. Hehe.
Sebenarnya, aku masukkan entri fasal kek marble ni ke dalam blog supaya senang aku nak buat rujukan. Siapa yang tak suka nak tengok dan baca tu, minta maaf la ya.
Ni resepi kek marble yang aku gunakan setelah banyak kali mencuba dan mengolah resepi. Aku kan jenis yang suka try and error.
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 sudu makan susu tepung everyday
**Ayak semua bahan ini dan ketepikan seketika.
Bahan B:
1/2 cawan gula pasir
5 biji telur gred C
1 buku butter (250 gram)
1 sudu makan ovalette
1 penutup botol esen vanilla
Bahan C:
2 sudu makan serbuk koko
1- Pukul butter dan gula hingga kembang. Aku pukul menggunakan mixer The Baker selama lebih kurang 15-20 minit dengan kelajuan speed nombor 4.
2- Masukkan ovalette sambil biarkan mixer terus berputar. (anggaran seminit)
3- Masukkan pula esen vanila dan teruskan memukul. (anggaran seminit)
4- Masukkan pula telur sebiji demi sebiji sambil teruskan memutar dengan speed yang sama. Jarak antara setiap telur yang dimasukkan adalah dalam lebih kurang seminit.
5- Apabila masukkan telur yang terakhir, teruskan memutar selama lebih kurang 5-10 minit. Lepas tu, terus matikan mixer.
6- Keluarkan bowl dan kacau adunan tadi dengan spatula.
7- Masukkan bahagian A tadi sedikit demi sedikit sampil terus kacau dengan spatula.
8- Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi yang asal.
9- Sapukan keliling loyang dengan planta/butter dan lapikkan dengan kertas A4. Tuangkan adunan kek secara berselang seli.
10- Sebelum bakar, hentak-hentakkan loyang yang berisi adunan kek tadi.
11- Sebelum masukkan loyang ke dalam oven, panaskan dulu oven selama lebih kurang 10 minit dengan suhu 160 C.
12- Bakar kek selama lebih kurang 30-45 minit atau sehingga kek masak. Ataupun, cucuk bahagian tengah kek dengan cake tester. Jika tak melekat, kek tu dah masak dah.
13- Setelah kek masak, terus keluarkan kek dari dalam oven dan letak di atas redai.
Pergh...! Panjangnya resepi dan cara nak buat. Mesti ada yang kata macam susah je nak buat, kan? Percaya la. Kek ni senang je nak buat. Yang penting, kita tau apa yang kita buat. Jadinya, takde la kita kelam kabut ataupun teragak-agak.
^
Geng bulus ni, masa kek marble bantat hari tu, sikitpun dorang tak nak makan. Kek kali ni, elok je masing-masing mengecek. Pandai betul memilih. Cisss... Haha.
v
p/s: Eleh, kek marble tu takde la semenggah mana tapi dia punya penerangan tu macam la pro sangat. Ehh, suka hati aku la. Blog aku, kan? Hahahaha.
menjadik ler tu.
ReplyDeletegebu naik cantik.
aida x reti buat kek.
few times buat, failed! sedih...
Janji sedap & gebu....
ReplyDelete