Assalamu'alaikum.
Kek marble yang tak menjadi.
Aku suka makan kek marble tapi kek yang kurang manis la. Jika manis sangat, tekak aku loya dan rasa nak muntah.
Maka, aku usahakan untuk buat sendiri kek marble tu. Dah macam-macam resepi dan cara yang aku gunakan tapi masih lagi tidak mendapat tekstur kek yang gebu dan sedap. Setakat boleh makan tu je la.
Malahan, lagi teruk apabila kek marble aku tu ada yang bantat! Malunya la haiihhh...! Huhu. Kucing-kucing aku kat rumah ni yang suka makan kek pun tak pandang dengan kek bantat ni. Sadis sungguh..!
Gambar kat bawah ni merupakan kek marble yang terakhir aku buat. Apabila dia bantat, semangat aku nak buat kek ikut terencat. Terperanjat punya fasal sebab tak sangka kek tu bantat. Hahaha.
p/s: Siapa ada cara yang betul untuk buat kek marble ni? Rasanya resepi lebih kurang sama je tapi cara pembuatan tu yang berbeza. Ini yang aku nak tau sangat. Meh la share tips dengan aku cara pukul ke, berapa lama nak pukul ke dan sebagainya.
Salam sis.. jemputla ke blog saya..saya ada buat kek marble...menjadik..gebu gebas..huhu
ReplyDeletecubalah ye resipi sy di blog bahansedulang
ReplyDelete