Pages

Wednesday, October 11, 2017

Kuih lompang pandan.

Assalamu'alaikum.

Kuih lompang pandan.


Aku ni ada beberapa tabiat yang aku akan buat jika aku bosan. Salah satunya adalah main masak-masak kat dapur aku tu. Selalunya aku buat kuih atau buat kek. Soal sama ada jadi atau tidak, itu dah jatuh nombor dua. Apa yang penting, lepaskan dulu rasa bosan tu dari membelenggu jiwa. Ceewahh.. Haha.


Baru-baru ni, aku cuba la buat kuih lompang pandan ni. Rasa macam pernah buat tapi takde pulak kat dalam entri. Perasaan aku je kot. Heh.





Bahan yang diperlukan untuk buat kuih lompang pandan ni mudah je. Bahan yang senang nak cari.

2 cawan tepung beras**
1/2 cawan tepung ubi**
4 cawan air + 6 helai daun pandan** - Kisar dan tapis
3/4 cawan gula pasir**
Secubit garam**
Sedikit pewarna hijau**
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam





1- Masukkan semua bahan yang bertanda ** ke dalam bekas dan kacau sebati supaya tidak bergentel. Boleh juga dikisar. Kemudian, tapiskan.

2- Sementara tu, panaskan air kukusan.

3- Sapukan sedikit minyak masak pada acuan lompang dan isikan adunan.

4- Kukus selama 20-25 minit atau sehingga lompang masak.

5- Tunggu lompang sejuk baru keluarkan dari acuan.

6- Hiaskan dengan kelapa parut di atasnya.






Selamat mencuba. Masa untuk buat kuih lompang ni tak lama. Tak sampaipun 20 minit. Masa kukus tu yang lama sikit. Maka, takde alasan untuk malas nak buat. Haha.


p/s: Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu alasan. Kan..? Terpulanglah pada diri masing-masing nak pilih yang mana satu. :D

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^