Assalamu'alaikum.
Oh kobis ku sayang!
Alhamdulillah. Sekarang ni ada sebiji kobis bulat yang dah besar tapi entah bila dia nak membulat. Haha. Rasanya dah dekat 3 bulan dah umur dia.
Kobis yang lain tu masih kecil lagi. Tunggu ada tanah baru nak ubah masuk pasu besar sikit. Nak beli tanah kat nurseri ni pun satu hal jugak. Kena naik bas pergi Kuala Lipis. Kat sini ada jual tanah nurseri tu tapi aku lagi suka tanah yang dibeli dari kedai Peladang yang jenis 6 in 1 tu. Harga sama je RM12 sekampit besar tapi kualiti agak lain sikit la. Lagi bagus tanah yang dibeli dari kedai Peladang tu.
Ni pulak pokok bunga kobis aku atau cauliflower. Ni pun semai dalam bulan yang sama jugak tapi belum nampak tanda-tanda lagi nak keluarkan bunga. Takpe, aku sabar je tunggu. Harapnya janganlah pokok tu meragam seperti diserang penyakit dan sebagainya. Dah lama aku tunggu nak tengok hasilnya depan mata sendiri.
Pokok bunga kobis aku dah mula keluarkan bunga dia. Kecil lagi bunga dia. Ada la sebesar telur ayam. Aku buat macam ni untuk elakkan bunga dia rosak dek cahaya matahari yang terik atau ditimpa air hujan yang berlebihan.
Seronok apabila berkebun ni. Selain daripada mengeluarkan peluh, ia juga menjadi satu terapi jiwa dan minda serta ia mengajar kita untuk lebih menjadi seorang yang penyabar.
p/s: Pupuklah minat berkebun tu sedikit demi sedikit. InsyaAllah, pasti ada ganjaran yang menanti. Ganjaran itu bukan dari sudut wang ringgit semata.
Oh, cemburunya tengok kebun sayur cik puan ni. Teringin nak bercucuk tanam, tapi apakan daya, rumah kita tiada tanah. Tangga bertingkat-tingkat hihihi
ReplyDelete