Assalamu'alaikum.
Asparagus: Nak cuba semai dan tanam.
Aku takde apa nak cerita fasal asparagus ni. Cuma nak bagitau yang aku dah rendam dah biji benih asparagus yang aku beli secara online hari tu. Habis satu peket benih tu aku rendam. Ingatkan banyak benih tu dalam sepeket. Rupanya sikit je. Kalau aku tau, aku beli dua peket. Heh.
Disebabkan aku memang zero fasal penanaman asparagus ni, maka aku masukkan sekali perbualan aku dengan pihak yang menjual benih ni supaya senang aku nak buat rujukan.
Aku berharap sangat agar benih asparagus ni berjaya cambah dengan eloknya dan seterusnya hidup dan membesar dengan jayanya. Aku nak jugak rasa asparagus ni sebab selama hidup ni, jangankan nak merasa, tengok asparaguspun tak pernah. Sadis sungguh. Haha. Rupanya asparagus ni spesis macam buluh jugak. Kiranya ada sulur macam sulur rebung tu. Okay, faham dah.
Update.
6/11/2017.
Aku baru je masukkan biji benih asparagus ni ke dalam sepuluh buah polybag kecil. Satu polybag tu aku letak empat biji benih. Ada lebih dan aku masukkan pula ke dalam beberapa buah pasu plastik yang kecil. Harap benih asparagus ni bercambah semuanya. Aamiin.
p/s: Semangat berkobar-kobar dah ni. Haha.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^