Assalamu'alaikum.
Mestilah aku geram!
Muka surat 248 turun kembali pada muka surat 217.
Sampai pada muka surat 248, lepas tu balik ke muka surat 217. Cari lagi sekali muka surat 248, jumpa tapi lepas tu terus pergi kepada muka surat 281. Muka surat 249 hingga muka surat 280 tak ada. GILA BETUL!
Muka surat 248 terus melompat kepada muka surat 281.
Aku sabarkan hati aku sekejap. Lepas tu, baru aku hantar mesej kat inbox pihak penerbitan yang berkaitan. Dan ini dia 'perbualan' antara aku dan pihak penerbitan tersebut.
Sikitpun takde permohonan MAAF dari wakil pihak penerbitan tu. Lagi la buat aku geram. Staff dorang memang tidak diajar untuk berbudi bahasa ke apa?
Dalam masa yang sama, aku jugak hantar mesej kepada pihak MPH Online. Dan aku jugak ada hantar email kat dorang. Alhamdulillah, dorang bagi feedback yang sangat baik. Walaupun aku jawab mesej dan email dorang tu dalam Bahasa Malaysia dan ada part yang aku tak faham dan aku tanya lagi, tapi dorang tetap jawab email tu. Terima kasih banyak-banyak. Sebab tu aku suka beli kat MPH Online.
Ni antara 'perbualan' aku dengan wakil MPH Online di fb.
Ni antara 'perbualan' aku dengan wakil MPH Online di fb.
Tengok la berapa kali pihak MPH Online minta MAAF. Walaupun masalah printing itu bukan salah mereka, tapi mereka tetap MINTA MAAF. Kat emailpun dorang minta maaf jugak. Pihak Karya Seni patut ajar staff dia supaya lebih berhemah dan merendah diri.
Pemusnah Hati.
Memang punah terus hati aku dapat novel bermasalah ni. Tapi aku tak sabar nak sambung baca sebab cerita ni agak menarik minat aku. Kalau bukan kerana masalah printing, rasanya aku dah habis baca dah.
Memang punah terus hati aku dapat novel bermasalah ni. Tapi aku tak sabar nak sambung baca sebab cerita ni agak menarik minat aku. Kalau bukan kerana masalah printing, rasanya aku dah habis baca dah.
Itu dia novel yang ada masalah printing tu. Rentetan daripada email antara aku dan pihak MPH Online, maka, petang tadi wakil pos laju Bentong dah datang dah untuk ambil novel rosak tu. Datang dari jauh semata-mata nak ambil novel. Kesian pulak aku menengoknya walaupun aku tau itu dah memang tugas dorang.
Sebelum tu, pihak pos laju Bentong dah call aku dan bagitau aku cara nak 'pulangkan' balik novel yang rosak tu. Just masukkan je dalam plastik dan tak perlu tulis apa-apa. Tapi disebabkan aku ni prihatin, maka aku double-kan plastik tu dan tulis la sedikit apa yang patut. Nampak tak betapa sayangnya aku kat novel tu walaupun novel tu dah 'rosak'?
Kalaulah novel tu takde masalah printing, takde la dorang kena buat kerja tambahan macam ni. Dorang dah boleh gunakan masa tu untuk buat kerja lain.
Aku bukan nak 'jatuhkan' pihak penerbitan berkenaan tapi tolonglah jaga sama kualiti novel mereka. Dah selalu sangat dah dengar masalah printing ni. Sedangkan masalah typo pun aku dah membebel, apatah lagi jika masalah muka surat hilang ni. Memang 'mendapat' la jawabnya.
p/s: Jangan asyik nak kejar drama adaptasi je sampaikan kualiti novel diketepikan. Harap kesalahan yang sama tidak berulang.
hahah...tajuk pun pemusnah hati...adehh spoil mood
ReplyDeleteBagusnya pihak MPH online melayan pelanggan mereka walaupun itu masalah dari pihak penerbitan
ReplyDelete