Assalamu'alaikum.
Pendengki sungguh aihh...!
Dorang ni kan, memang tak boleh tengok aku senang lenang sikit. Pantang nampak aku rileks dok landing atas katil, mesti dorang dengki, nak jugak landing sama. Walaupun ruang tu sempit, dorang apa peduli, janji dorang dapat menyelit sekali. Sabar je la dengan perangai masing-masing.
Sudahnya, aku la yang terpaksa mengalah. Terpaksa bangun dari katil tu. Ehh, lepas je aku bangun, dorangpun ikut bangun sama. Tak ke pendengki namanya tu. Caiitt..!
Dapat menyelit bawah ketiakpun jadi la. Sabar je la.
Dah macam kembar la pulak. Gaya tidurpun nak kena sama. Haha.
Ni nama dia #Kecik. Dia ni memang tak senonoh sikit. Ehh, banyak dia punya tak senonoh tu. Haha.
Yang ni pulak nama dia #Chobey. Dia ni agak manja dan mengada-ngada sikit. Tak padan dengan jantan tapi dia punya manja tu mengalahkan kucing betina. 🤭🤭🤭
Yang tak boleh blah tu, kaki siap letak kat buku aku! 😱😱😱 Weii...! Akupun tak pernah letak kaki aku kat novel atau buku aku tau!
Memang nak kena jentik kaki dia ni. Biasa dia tu...! Tak hormat langsung pada harta benda orang. Mak awak tak ajar ehh? Patut la awak tak pandai-pandai. Siapa suruh letak kaki kat buku? 😹😹😹
Mujurlah ada coklat pepero ni. Layan coklat ni lagi bagus daripada berebut katil dengan dorang. Hahaha.
p/s: Ikut suka korang la weii...! Aku layankan aje. Haha.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^