Pages

Thursday, July 6, 2017

Nenas Labu.

Assalamu'alaikum.

Nenas Labu.


Ini nenas ya. Bukannya labu. Nenas yang kakak aku bawa dari rumah dia di Labu. Hehe.


Besar sungguh buah nenas ni. Ni kalau betul-betul masak ni, manis melecaih rasa dia.


Raya hari tu, kakak aku bawa lima biji nenas yang suami dia tanam kat rumah mereka di Labu. Yang empat buah nenas tu takde la sebesar yang ini. Tapi rasa dia memang manis sungguh. Adik beradik aku yang lelaki tu makan nenas tu mengalahkan orang perempuan makan. Akupun dapat makan dua potong je dari empat buah nenas tu. Nampak tak dia punya tahap kemanisan tu. Haha.


Nenas ni masih muda lagi masa kakak aku bawa balik sini. Makanya, kenalah peram dulu. Ni baru je mula nak masak. Disebabkan takut nenas ni busuk, incase aku terlupa, tu yang hari ni aku potong siap-siap. Kononnya separuh tu nak buat pajeri la tapi rasanya habis makan macam tu je nanti. Lagi pulak aku dah siap potong kecik-kecik dan masukkan dalam peti sejuk. Sambal kicap pulak ada lagi. Apa lagi, laju je la makan. Heh. 


p/s: Akupun ada jugak tanam sepokok nenas ni, benih nenas yang ni jugak la tapi sampai sekarang ni tak berbuah lagi. Rasanya dah setahun lebih dah umur nenas yang aku tanam tu.

Bukan senang nak senang.

Assalamu'alaikum.


Bukan senang nak senang. 


Orang hanya nampak kita apabila kita dah senang, tak kiralah senang sikit, apatah lagi senang banyak yang membuatkan hati mereka tidak tenang melihat kesenangan kita itu.


Orang tidak tahu dan tidak nampak betapa jerih dan payahnya kita menahan segala dugaan luaran dan dalaman dalam mencari sedikit kesenangan hidup.





Ini antara apa yang aku dan kakak aku luahkan masa raya hari tu. Kitorang berdua ni memang jenis yang menahan segala kehendak nafsu demi untuk mencari sedikit kesenangan. Kami tidak bermewah-mewah dengan barangan berjenama. Hiduppun sekadar adanya sahaja. Namun, kami tetap bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. 


Pengalaman banyak memainkan peranan dalam mematangkan diri dalam menempuh kehidupan. Moga kita semakin kuat, tabah dan sabar dalam mengharungi segala onak ranjau itu. Dan moga kita tidak tergolong dalam golongan yang sesat dan takbur. Aamiin.


p/s: Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Mana satu yang kita mahu? Atau mana satu yang kita perlu? Keperluan atau kemahuan? Tepuk dada, tanyalah akal.