Pages

Tuesday, January 30, 2018

Angkara siapakah ini?

Assalamu'alaikum.

Angkara siapakah ini?


Dalam minggu lepas, aku dok tertanya-tanya sendiri; kenapa daun pokok bunga kobis aku ni jadi macam ni? Mulanya ingatkan kena gigit dek siput babi ataupun belalang sebab ada jumpa dorang kat pokok sawi berdekatan.





Pagi tadi, aku tengok makin banyak daun bunga kobis ni yang rongak. Ish, tak boleh jadi ni. Daun ni dah la sedap buat goreng. Rasa ralat jugak apabila daun dia dah rosak macam tu. Maka, belek-belek la daun tu tapi masih tak jugak jumpa suspek.


Geram punya fasal, akupun potong la satu pokok bunga kobis tu. Masa pegang bahagian yang kena potong tu la baru nampak ulat hijau tu sebab pegang terbalik. Ooo.. Rupanya dorang sembunyi di bawah daun. Patut la tak jumpa. Memang selamat jalan romeo la jawabnya. 






Daun yang elok tu, kita ambil la buat goreng. Jangan pulak dibuang. Tak baik membazir.




Dua gambar yang kat bawah ini merupakan pokok bunga kobis yang masih ada. Lepas ni, kena semai yang baru pulak.





Daun pokok bunga kobis ni sedap dibuat goreng. Kadang-kadang nak tunggu dia keluar bunga tu makan bulan jugak. Lepas tu, bunga dia alahai, sebesar penumbuk je. Baiklah buat goreng ketika pokoknya masih muda. Dapat jugak jimat duit dapur, dah tak payah dah beli sayur hijau.



p/s: Hidup kita ni, kena bijak merancang lebih-lebih lagi yang melibatkan soal kewangan. Dapat jimat dua tiga ringgit sehari untuk duit sayur, pun dah memadai dah. Sebab itulah kita kena rajinkan diri untuk tanam sendiri di rumah.
.

3 comments:

  1. Setuju dgn cikazz. La ni kena amalkan jimat cermat kalau nak selamat. Nak beli apa2 pun kena fikir berkali2. Tidak tengah bulan mkn maggi.

    ReplyDelete
  2. ohh...daun bunga kobis ni boleh makan juga eh..

    ReplyDelete
  3. Nasib jumpa juga. Tidak lagi membesar la ulat tu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^