Pages

Saturday, January 20, 2018

Rezeki hari ini.

Assalamu'alaikum.

Rezeki hari ini.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Mula-mula, tengok kat pokok durian belanda ni, ternampak la buahnya yang ada kesan kena gigit. Ni mesti kerja sang tupai ni. Semalam tengok masih cantik lagi buahnya. Memang sengaja biarkan di pokok. Kononnya nak tunggu dia masak dulu baru petik. Tapi disebabkan sang tupai dah kokak dulu, terpaksa la ambil jugak. Mujurlah aku dah siap balut buah durian belanda tu dengan pembalut buah lai. 




Berat jugak sebiji buah durian belanda ni. Khabarnya, harga sekilo buah ni dah mencecah RM30. Pergh! Mahal ya amat! Syukurlah kat rumah ni ada pokoknya.




Mujurlah bahagian sebelah lagi tak kena kokak dek tupai. Mungkin bahagian ini terlindung dengan dahan. Aku tak potong lagi buah durian belanda ni sebab isinya belum betul-betul lembut. Masih ada lagi bahagian yang keras. Lagipun, baru petik dari pokok. Kena peram semalaman baru sedap dimakan.




Tengah harinya pula, jiran datang ke rumah dan bagi tiga biji buah durian kampung ni hasil dari kebun beliau. Alhamdulillah. Rezeki yang memang tak dijangka. Nak beli durian, harga sekilo tak mampu dijangkau dek akal. Terima kasih banyak-banyak jiran. Moga pokok durian tu hidup subur dan berbuah dengan lebatnya di masa akan datang. Aamiin.





Sedap isi durian kampung ni. Lemak-lemak manis campur pahit. Tak sedar dekat sebiji habis aku kerjakan sorang-sorang. Haha.




Hari tu adik aku ada beli tiga biji durian dari anak jiran ni sebab dia nak merasa. Bijinya sudah aku semai ke dalam polybag. Aku tengok ada dua biji yang dah tumbuh, tu yang aku semai tu. Cuba je semai. Jika dia hidup dengan jayanya, alhamdulillah. Jika dia tak hidup, tak mengapalah. Anggap je takde rezeki.


p/s: Rezeki jangan ditolak. Syukur alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^