Pages

Friday, February 16, 2018

Kemas kini kebun mini.

Assalamu'alaikum.

Kemas kini kebun mini.

Semalam, seharian aku dok mengisahkan kebun mini aku yang sekangkang tupai ni. Itupun tak habis kemas lagi. Rumput masih belum dicabut. Daun rambutan yang gugur dalam kawasan berpagar tu pun masih belum disapu. Nama je sekangkang tupai tapi banyak benda nak kena selesaikan. Letih tu jangan cakap la. Menggigil satu badan dibuatnya. Mujurlah masih ada kudrat untuk memasak selepas penat mengemas. Alhamdulillah.




Penyapu ni, jiran yang punya. Dia nak buang sebab batangnya dah patah. Aku pulak pergi mintak kat dia sebab bagi aku, ia masih boleh digunakan. Cuma perlukan kerajinan dan kreativiti sikit la. Dah aku pasangkan batang baru. Dah boleh guna dah untuk sapu lantai kaki lima tu. Dah jimat dan tak payah beli penyapu baru. Haha.





Penat mengemas, apa lagi, ambil gambar la. Haha. Tengok pokok yang ditanam, barulah hilang sikit rasa penat. 


Sawi. Dah boleh petik dah ni. Alhamdulillah. Aku suka tanam sawi sebab dia senang hidup. Cuma tu la, ulat suka sangat makan daun dia. Sebelah tu pokok cekur. Abaikan penyembur serangga kat belakang tu. Aku letak situ supaya senang nak sembur semut kat lantai. Sayur tu aku sembur dengan racun organik yang aku bancuh sendiri. Tu botol penyembur yang kat atas sekali tu racun organik la tu.


 ^
Pokok cekur ni macam ada kesan kena hempap. Mungkin ada kucing yang lepak atas dia. Habis daun dia patah-patah. Terpaksalah aku belai balik semula. Lepas tu, aku ubah tempat dan pagarkan dengan lidi satay. Walaupun aku jarang sangat ambil cekur ni, tapi aku tetap sayangkan dia. Dah tanam, kenalah sayang, kan? Heh.
v


 Letak kat sini pulak. Pokok sawi aku tu habis di makan dek ulat. Bekas kosong tu rasanya nak tanam sawi kailan jepun.


 Pokok kaduk pemberian jiran. Baru ubah dalam pasu. Kena pagarkan pasu dengan lidi satay untuk elakkan kucing buat jamban dalam pasu tu. Kucing memang tak reti bahasa dan kitalah yang kena ada usaha untuk menghalang perbuatannya.


Kaki sinki yang dah tak pakai, boleh je gunakan sebagai para untuk letak bekas tanaman. Konsep kat sini adalah jangan membazir.


 Saja la semai biji durian kampung ni. Nak jugak merasa semai biji durian. Heh.


 Sawi dari perbagai peringkat umur.


 Kacang panjang merah dah mula keluarkan hasil. Alhamdulillah.


 Sebahagian daripada anak pokok durian belanda (kat belakang tu). Alih kat sini pulak supaya senang nak siram. Kesian dia dah hampir kering dah sebab letak kat tempat tersorok dan selalu lupa nak siram.


Anak pokok naga. Terpatah hujungnya. Alih-alih tengok bercabang pulak. Dah lama aku semai benih dia. Dalam banyak-banyak benih yang disemai, hanya tiga benih yang cambah tapi sepokok ni aje yang berjaya membesar. Harapnya, dia mampu bertahan untuk meneruskan hidup.


 Rasanya, ini anak pokok jambu bertih. Pokok jambu air yang rare tu. Lama aku semai biji benih dia. Ingatkan tak tumbuh dah. Alih-alih tengok, tumbuh la pulak. Alhamdulillah.


 Pokok keladi sayur. Tanam je. Sekalipun tak pernah ambil untuk masak. Saja buat benih. 


 Anak pokok mengkudu pemberian jiran.


 Anak pokok asparagus. Bertabah la tunggu dia besar. Mula semai benih asparagus ni pada 6/11/2017. Nak tunggu benih dia cambah je ambil masa hampir sebulan!


 ^
Pokok lemon.
v


Pokok belimbing buluh. Lepas cubit pucuk dia, terus keluar tunas dan cabang baru. Cubit pucuk tu maknanya buang/potong bahagian pucuk tu sikit supaya keluar tunas baru.


Pokok pandan dah mula segar. Alhamdulillah. Sengaja tanam dalam pasu supaya senang nak kawal pertumbuhannya. Lagipun, jarang sangat guna pandan ni kecuali jika nak buat kuih atau bubur je.


 Banyak pulak pokok yang menumpang dalam bekas kucai ni. Seronok agaknya dok bersesak macam ni. Heh.




 Hasil salad yang terakhir. Rasanya lepas ni dah tak nak dah beli benih salad. Gune je benih yang masih ada. Sebab ada salad yang pahit ya amat sampai tak boleh telan!


 ^
Hasil dari kebun mini. Gabungan kacang panjang merah dan kacang panjang renek. Dah selamat dahpun masuk dalam perut. Alhamdulillah. Sedap. :D
v


Esok sambung kemas lagi. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin.




p/s: Siapa kata duduk rumah takde kerja nak buat? Ni sampai tak terbuat kerja yang melambak-lambak.
.

1 comment:

  1. Memang memenatkan walaupun kebun kecil. Seronok tengok hasil cik Azz. Saya pun lama x berkebun sebab duk tumpu dekat laman depan yg dalam ubahsuai. Dekat sebulan dah tak habis2 lagi.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^