Assalamu'alaikum.
Orang dah bagi, kita ambil je la. :D
Mak cik depan rumah suruh ambil pokok adenium kat rumah dia. Dia dah malas nak bela pokok tu sebab dia dah tak berapa sihat. Lagipun, pokok tu pun bermasalah jugak. Aku ni bukannya pandai sangat nak jaga pokok adenium ni. Pokok akupun ada yang kiok. Tapi dah orang bagi, aku ambil je la. Sayang pulak kalau jiran tu buang pokok tu.
Kelmarin aku dah ambil sepokok. Dah masukkan dalam pasu. Tadi aku ambil lagi dua pokok. Lepas tu, jiran tu offer dengan pasu bulat leper tu sekali. Bayar separuh harga. Akupun ambil jugak pasu tu. Haha.
Semalam dok baca komen-komen fasal pokok adenium ni kat grup kebun. Ada yang kata, jika pokok ada bena, kena basuh dulu pasu dan keseluruhan pokok. Pangkas ranting pokok tu dan bakar. Akupun ikut je la tips yang orang kongsikan.
Tadi, aku ambil lagi sepokok. Sudah selamat aku tanam dalam pasu. Jiran aku tu tinggalkan sepasu je pokok ni kat rumah dia. Yang lain, habis dia suruh aku ambil. Alhamdulillah. Rezeki aku la tu, kan? Tak payah tunggu lama untuk lihat pokok ni membesar. Heh. Tambah lagi, pokok ni tengah berbuah. Apapun, terima kasih jiran. Moga Allah limpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuk jiran aku tu. Aamiin.
p/s: Sebenarnya, ada dua orang jiran yang offer aku untuk ambil pokok adenium dorang. Nanti aku nak ambil pokok adenium jiran yang sorang lagi tu. Orang dah tak nak, apa salahnya kita ambil dan bela. Mana la tau kot-kot pokok tu serasi dengan kita, kan?
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^