Assalamu'alaikum.
Kenangan.
Ni kenangan masa aku kerja kat Johor dulu. Dah jadi barang rare dah ni. Haha.
Ni adalah chairback. Ada satu set chairback ni iaitu ada tujuh helai. Semuanya masih lagi aku simpan dengan elok.
Ni adalah chairback. Ada satu set chairback ni iaitu ada tujuh helai. Semuanya masih lagi aku simpan dengan elok.
Ini pula adalah alas meja makan untuk enam kerusi. Ini jenis sambung-sambung. Kait sekeping kecil dulu, lepas tu sambung. Buatlah proses yang sama sampai dapat saiz yang kita nak. Dah tak ingat dah berapa buku benang ni habis.
Ini pula merupakan alas untuk meja bulat. Kalau letakkan atas meja buat tu, cantik je dia jatuh ke bawah. Dia macam berombak sikit. Jenuh ni nak habiskan. Setiap masa kena pandang pada pola. Banyak kali jugak kena bukak balik semula sebab silap kira. Sabar je la. Haha.
Aku memang sayang sangat dengan semua harta benda yang aku ada. Walau sekecil dan semurah mana sekalipun benda tu, aku tetap sayang. Sebab tu la aku akan cuba jaga dengan sebaik-baiknya.
Dulu, aku selalu berlumba-lumba mengait dengan dua orang lagi rakan sebilik. Dua orang kawan aku tu memang laju je mengait. Aku je yang agak terkial-kial sikit. Takpe la. Yang penting, siap jugak apa yang aku kait tu. Malahan, dapat jugak aku bagi kat dua orang kakak aku satu set chairback tiap seorang. Dua-dua pattern tak sama dan dua-dua berwarna putih. Tak tau la sama ada chairback tu masih ada lagi kat dorang ataupun sudah dimakan dek tikus. Hahaha.
p/s: Rindunya zaman kerja dulu.
.
cantik lah
ReplyDeletebagus lah pandai mengait