Pages

Sunday, March 11, 2018

Resepi sambal hitam Pahang yang paling sempoi.

Assalamu'alaikum.

Resepi sambal hitam Pahang yang paling sempoi.


Jiran offer buah belimbing buluh kat rumah dia. Dia malas nak buat sambal hitam. Makanya, akupun pergi la ambil sendiri di pokok. Jiran tu bantu jugak petikmana-mana buah di dahan yang rendah. Aku kata cukup la ni tapi jiran kata ambil la lagi. Nanti kalau gugur, membazir je. Alhamdulillah. Terima kasih jiran.




Balik je ke rumah, terus aku proses belimbing buluh tu. Nanti kalau biar atau tangguh-tangguh, takut tak menjadi pulak sambal hitam aku tu. Haha.





Tabur garam kasar sikit dan teruskan merebus tanpa air.





Air rebusan belimbing buluh ni aku ceduk keluar separuh dari kuali sebab air dia banyak sangat. Jenuh la kalau nak tunggu semua air tu sejat. Mau habis satu tong gas. Haha. Ada orang kata, air rebusan tu boleh digunakan untuk buat air asam. Kena simpan dalam peti sejuk la. Nak buat air asam tu, baru ambil sikit air rebusan tadi. Aku tak pernah buat. Siapa nak cuba, boleh la buat.




Daripada hampir satu kuali besar tadi, dapat banyak ni je sambal hitamnya. Dari pukul sepuluh pagi, sampai pukul 3 petang aku mengisahkan sambal hitam ni. Mana la kaki aku tak berdenyut-denyut.




Aku sekadar buat sikit je sambal hitam ni. Selebihnya tu, aku simpan je stok belimbing buluh rebus tu. Nanti jika teringin nak makan sambal hitam, boleh la buat bila-bila masa. Bahan asas dah ada, senang la sikit.


Untuk resepi sambal hitam versi aku ni, aku gunakan lebih kurang satu mangkuk besar ikan bilis, dua senduk cili padi kisar dan tiga labu bawang besar dan tambah lagi dua ulas bawang merah. Aku kisar sekali ikan bilis dengan bawang. Kisar dengan minyak masak. Jadinya, masa menumis tu, aku gunakan sedikit je minyak masak.





Aku tumis je semua bahan kisar tu sekali harung. Lepas naik bau, aku masukkan belimbing buluh rebus tadi. Masak la sampai ia menjadi kehitaman dan garing sedikit. 





Toskan sambal hitam yang dah siap untuk elakkan minyak berkumpul. Dah siap sambal hitam aku ni. Dapat la bagi kat jiran tuan punya belimbing buluh tu satu bekas sebab jiran tu kata dia tak nak belimbing buluh rebus. Dia nak sambal hitam yang dah jadi. Hehe. Takpe mak cik, memang aku bagi punya la. Bak kata pepatah lama: Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita sama-sama merasa. Alhamdulillah.





Kat rumah aku, ada je pokok belimbing buluh ni tapi dah bertahun-tahun dia tak berbuah. Akhir sekali dia berbuah cuma tiga biji je. Nak kena hukum pancung agaknya. Haha. 


p/s: Kesimpulannya, jangan kedekut untuk offer belimbing buluh pada jiran tetangga. Hehe. Sebab ada je orang yang sanggup biarkan belimbing buluh dia jatuh membusuk daripada bagi kat jiran tetangga. 
.

1 comment:

  1. Sedap ni. Saya mula kenal sambal ni bila kawan anak bagi sebekas. Suka makan dengan nasi panas ganti sambal belacan. Rasanya nak kena buat sendiri utk puasa nanti.

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^