Pages

Wednesday, May 30, 2018

Berbahagi rezeki di bulan Ramadan.

Assalamu'alaikum.

Berbahagi rezeki di bulan Ramadan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Setelah lama menunggu, akhirnya dapat jugak merasa buah durian belanda ni. Kali ini, buah dia besar. Beratnya 2.6 kilogram. Rasanya, inilah buah durian belanda yang paling besar dan berat sepanjang pokok tu berbuah.




Ingatkan apabila buah tu dah kena bungkus, selamat la buah ni dari kena kokak dek tupai. Rupanya, dapat jugak dia gigit sikit. Haha. Tak apalah. Buahpun besar. Apalah salahnya bagi tupai tu makan sikit, kan? Tak larat tupai tu nak habiskan sebuah besar macam tu.




Malam sebelum tu, hujan lebat. Aku rasa pembalut tu jatuh ditimpa hujan. Petang esoknya baru aku ternampak pembalut tu dah ada kat bawah pokok. Akupun apa lagi, berkejar la pergi tengok. Memang betul, buah tu dah kena kokak sikit. Padahal, boleh dikatakan setiap hari aku tengok dan tekan sikit buah tu sebab nak tahu dia dah masak atau belum.




Aku suka tabur garam halus sikit. Barulah sedap dimakan begitu sahaja. Nak buat jus? Maaf la, aku sangat tidak rajin. Heh.


p/s: Ada tiga biji lagi buah di atas pokok tapi buahnya masih kecil lagi. Ada la sebesar penumbuk aku. Nampaknya, raya ni tak dapat la nak kenduri buah durian belanda ini.
.

2 comments:

  1. Bestnya dapat makan durian belanda fresh...ganjaran utk Kak Az kerna berbudi dgn tanah...kat giant buah ni mahal..kecik dari ni dah RM35

    ReplyDelete
  2. Aduh kecur air liur tengok isi buah ni. Dah rasa masam dalam mulut. Hahaha...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^