Assalamu'alaikum.
Sekitar majlis pecah tanah balai bomba dan penyelamat.
Ni majlis pecah tanah untuk buat balai bomba kat sini. Moga semuanya berjalan mengikut perancangan. Aamiin.
Kadang-kadang, aku pelik betul dengan sikap jelik segelintir manusia ni. Orang buat tar jalan, kena keji. Orang buat acara pecah tanah, kena perli. Apa yang dibuat, semuanya dikaitkan dengan ayat 'nak pancing undi'. Tapi acara 'pecah tanah' dalam novel, ramai pulak yang menggeletis menggelenyar. Takde pulak nak memaki. Ehh..! Nak jugak kaitkan dengan novel. Haha. Dah namanya pembaca novel, kan.. 🤭🤭🤭
Ehh, biarlah dorang buat semua tu. Kita jugak yang dapat tempiasnya nanti. Tak kira la siapapun orang tu. Tak kira la dari parti mana sekalipun. Tak kira la 5 tahun sekali dorang buat semua tu. Yang penting, kita dapat merasa. Kalau umur kita ditakdirkan pendek dan tak dapat merasa semua tu, mungkin anak cucu kita dapat merasainya.
Cubalah bersihkan sikit hati tu kerana musibah datang tanpa dipinta dan ia datang kepada sesiapa sahaja. Janganlah asyik nak pandang negatif je. Jangan sampai apa yang dikata tu berbalik pada diri sendiri. Banyak sangat memaki mencaci sampai semua benda nak dipertikaikan. Astaghfirullahal'azim.
p/s: Janganlah jadi manusia yang hipokrit. Dalam dok memaki hamun, dalam dok kata macam-macam tapi dialah orang pertama yang merembat segala kemudahan.
p/s: Janganlah jadi manusia yang hipokrit. Dalam dok memaki hamun, dalam dok kata macam-macam tapi dialah orang pertama yang merembat segala kemudahan.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^