Assalamu'alaikum.
Bayam Brazil pemberian jiran.
Pagi tadi, semasa di pekan sehari, jiran tu tegur aku. Dia tanya, buah rambutan gading aku tu, aku nak jual ke? Ke, ada nak simpan untuk sesiapa?Akupun jawab la yang aku tak jual tapi memang nak simpan untuk kerabat yang nak balik raya haji nanti.
Akupun tanya la dia, kenapa? Diapun cakap la yang cucu dia suka bebeno rambutan gading. Hari tu ada orang bagi, dah habis dia kopek, simpan dalam peti ais dan bagi kat cucu dia. Sekarang rambutan tu dah habis. Dia selalu ambil cucu dia balik sekolah dan memang lalu depan rumah aku.
Akupun tanya lagi, kat rumah takde buah ke? Dia kata, mana ada pokok dah. Dah habis tebang masa buat rumah hari tu.
Balik dari pekan sehari, tak sempatpun sarapan, terus aku kait buah rambutan tu dan terus rempit hantar kat rumah dia. Dia tanya, berapa (ringgit) ni? Akupun kata, tak payah la. Bagi je ni. Lepas tu, terus dia tanya, ko nak bayam brazil tak? Akupun apa lagi. Terus je jawab, ehh, Cik Nah ada ehh pokok ni? Lepas tu, akupun tanya la macam-macam dan diapun bercerita la mana dia dapat bayam brazil tu, macam mana nak tanam, macam mana nak masak dan apa rasanya.
Akhirnya, aku dapat jugak benih bayam brazil ni. Dulu, dok tengok je orang post gambar kat grup kebun. Ada yang offer nak bagi tapi kena bayar duit sampul poslaju. Aku memang nak beli tapi tak dilayan sebab aku takde whatsapp. Haha.
Sekarang dah dapat dah. Alhamdulillah. Mana la aku tau mak cik tu ada tanam pokok bayam brazil tu. Kiranya ini rezeki aku la. Harap pokok bayam brazil aku ni hidup subur dan beranak-pinak. Aamiin.
Rezeki jangan ditolak. Aku tak mintapun. Dah orang offer, aku tadah tangan je la. Haha.
p/s: Nak cerita fasal bayam brazil tapi dia punya intro punya la panjang. Haha. Ater, dah itu yang sebenarnya. Kenalah cerita dari awal macam mana aku dapat benih pokok bayam brazil ni. Hehe.
.
rezeki betul kak Azz ye..
ReplyDelete