Pages

Saturday, November 24, 2018

Jahit beg baru lagi. 😍😍😍

Assalamu'alaikum.

Jahit beg baru lagi. 😍😍😍


Yeszaa..! Alhamdulillah. Siap jugak beg yang aku jahit. Gigih aku jahit dari malam tadi sampai dekat pukul dua pagi baru berhenti untuk tidur. Hari ini, aku sambung jahit lagi. Akhirnya, siap satu lagi beg kain untuk aku isi kain baju jika hendak pergi rombongan balik hari. Haha.


Kali ini, aku cabar diri sendiri untuk buat beg kain yang ada pemegang untuk zip seperti dalam gambar di bawah. Biasanya, aku jahit zip tu terus pada kain badan beg tapi kali ini saja la nak cuba kelainan. Aku ni sebenarnya memang malas nak buat beg yang jenis leceh ni tapi seperti yang aku tulis kat atas tu, aku nak cabar diri sendiri.





Kelebihan beg kain ni ialah kita boleh main sumbat-sumbat je kain baju kat dalam beg tu. Sampai ke sudut beg tu kita boleh selitkan baju. Beg ni pun ringan je sebab kat dalam beg ni, cuma ada kain lining je. Aku tak letak batting atau sebagainya. Kalau kita sumbat kain baju sampai penuh dan padat, berat la jadinya beg ni. 😂😂😂


 ^
Aku cuba sumbatkan dua biji bantal dalam beg ni. Satu bantal kecil iaitu bantal sofa dan satu lagi bantal biasa. Itupun masih lagi ada ruang untuk diselitkan spender. 😜😜😜
v



Aku follow tutorial berkaitan beg ni kat dalam video bawah ni. Cuma aku takde la ikut betul-betul apa yang dia buat. Dia ajar buat tote bag tapi aku tukar buat beg balik kampung. Haha.






p/s: Lepas ni nak jahit beg apa lagi ehh..? Stok kain banyak lagi ni. Macam-macam warna dan corak ada. 😱😱😱
.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^