Pages

Friday, November 30, 2018

Kulit telur dan kegunaannya.

Assalamu'alaikum.

Kulit telur dan kegunaannya. 


Orang buat, akupun nak buat jugak. Haha. Gigih aku pi simpan kulit telur, pi jemur dan lepas tu, pi tumbuk pulak kulit telur tu. Aku malas nak kisar sebab nak jimat letrik. Heh.




Sebenarnya, dah lama sangat aku simpan kulit telur ni. Dah makan tahun dahpun. Kiranya kulit telur ni pun dah rapuh sangat dah. Disebabkan masa tu mood belum datang, tu yang aku biarkan aje dia dalam plastik. Baru-baru ni je aku jadi rajin nak tumbuk kulit telur tu. Maka, habislah semuanya aku tumbuk. Tapi masih ada lagi satu plastik yang belum ditumbuk sebab tu kulit telur yang baru. Biar dia betul-betul kering baru aku tumbuk pulak.






Tak lama lepas jemur kulit telur tu, aku keluar balik semula. Tengok-tengok ada yang bawak lari kulit telur tu. Hahaha.





Mula-mula, aku tumbuk kulit telur tu dari dalam plastik tu je. Malas la katakan. Haha. Tapi apabila serpihan kulit telur tu dah mula bersepah, barulah aku masukkan dalam besen dan tumbuk dari dalam besen tu pulak.













p/s: Tak salahpun mencuba sesuatu yang baharu, kan?
.

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^