Assalamu'alaikum.
Musim gantung periuk sudahpun bermula.
Pagi tadi, aku menghadirkan diri di majlis bacaan Yaasin di rumah jiran. Acara bemula seawal pagi sebab selain daripada bacaan Yaasin dan tahlil, pihak tuan rumah juga sertakan sekali dengan majlis cukur jambul untuk cucu beliau. Jadinya, ada la selingan berzanji dan marhaban. Aku sekadar pak turut sahaja. Bak kata orang, sekadar mencukupkan korum. 😊😊😊
Pelaminnya simple but nice. Suka aku tengok. Tidak serabut dengan pelbagai aksesori.
Setiap ahli marhaban, dapat door gift macam ni. Alhamdulillah. Bertambah lagi koleksi surah Yaasin dan juga tasbih. Kenalah gunakan. Barulah beroleh keberkatan pada pihak yang memberi.
Tak lama lagi, cuti sekolah akan bermula. Maka, bermulalah juga sessi menggantung periuk untuk setengah hari. Mana boleh gantung periuk sepanjang hari. Mahu kebulur cacing kat dalam perut tu. Dah la perut aku ni jenis yang tak pandai diet. 😂😂😂
Ada yang merancang nak melancong ke mana-mana masa cuti sekolah nanti? Hujung tahun, dah tentu banyak nak guna duit untuk sessi sekolah tahun 2019 pulak, kan? Makanya, pandai-pandailah berjimat-cermat. Jangan ikutkan sangat lagak orang yang duitnya berkepok jika duit kita selalu tiris. 😉😉😉
p/s: Selamat pengantin baru pada mereka yang baru berkahwin dan bakal menjadi raja sehari dan selamat menggantung periuk pada tetamu macam aku ni. 😜😜😜
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^