Assalamu'alaikum.
Pertama kali jahit blouse bersaiz besar ikut contoh baju siap.
Aku ambil masa yang agak lama untuk memulakan langkah bagi menjahit baju blouse kastemer seorang ni.
Pertama sekali, aku memang jarang sangat jahit blouse kastemer. Kedua, juga jarang sangat ikut baju contoh. Biasanya, aku jahit baju kurung dan baju melayu sahaja. Baju melayu tu pulak, aku jahit untuk adik-beradik dan keluarga mereka je.
Disebabkan kastemer seorang ini tidak cerewet dan jenis yang cakap depan-depan, maka akupun setujulah untuk jahit baju dia. Lagipun, aku nak jugak cabar diri sendiri. Nak bina keyakinan ni bukannya mudah. Atas sebab inilah aku terima tugasan ini.
^
Kain bidang 60 inci dan 3 meter kain diperlukan.
v
Blouse ini jenis sarung. Tiada zip samada di depan atau di belakang baju. Sebab itu, keliling leher dia agak besar sikit. Senang kepala nak keluar masuk. Cuma di hujung tangan tu ada cuff lebar 1 1/4 inci.
Alhamdulillah, kastemer dah cuba dah baju ni dan dia berpuas hati. Bab harga upah, dia okay je dengan harga yang aku berikan. Alhamdulillah sekali lagi.
p/s: Aku bukan tukang jahit profesional. Aku sekadar tukang jahit kampung je. Kiranya, kepakaran aku tidaklah besar manapun. Sekadar jahit baju biasa tu, boleh la. Tapi jika nak suruh aku jahit baju vogue macam artis, aku bukan orangnya.
.
Teringat arwah mak dulu jahit baju kawanya yg berbadan besar. Sukar katanya tapi kawanya tetap suka suruh mak jahit. Orang lain tak pandai buat dia ckp. Chonget.
ReplyDeleteNormala Saad:
ReplyDeleteKastemer ni, kalau dia dah selesa dengan sorang tailor tu, dia tak kisah dah bab harga upah jahit tu.
Sayapun dulu ada beberapa kastemer macam ni tapi tu la, dorang dah pindah pulak. Seronok kalau dapat kastemer yang tak cerewet ni.