Assalamu'alaikum.
Resepi sardin roll aka sardin gulung.
Siapa bosan? Takde mood nak berjimba-jimbi? Moh la kita masuk dapur dan godek apa yang patut. Hello, main masak-masak ni merupakan satu terapi jugak tau!
Aku baru je keluar dari dapur ni haa. Jenuh dok bersilat kat dapur. Dah lama tak main masak-masak uli doh. Makanya, hari ini akupun merajinkan diri. Bosan tak tahu nak buat apa. Heh.
Kali ini, aku nak cuba buat sardin roll atau boleh juga dipanggil sardin gulung. Dia punya resepi dah bertahun-tahun aku simpan. Sejak dari muda remaja sampai dah tua ni ha, tak pernah sekalipun buat. Kah..! Eleh, jangan dok gelak sangat aiihh.. Korangpun sama je macam aku. Rajin simpan resepi tapi buatnya nan hado. Kehkehkeh.
Jom tengok gambar meh. Gambarpun separuh je sebab pada awalnya memang tak jangka nak buat sardin roll ni. Kiranya ni last minute punya plan la. Tambahan pula handphone kehabisan bateri dan terpaksa cas dulu. Tu yang takde gambar dari awal tu. Alih-alih dah masuk part menggulung je. Inipun bebola doh yang terakhir. Sempat la bateri handphone tu penuh. Dapat juga la ambil gambar bahagian ini.
Tekan bahagian yang kat jari tu. Tujuannya supaya inti tak bersepah. Tapi aku dah separuh jalan baru ingat nak buat macam ni. Sebab tu yang mula-mula buat tu ada minyak yang meleleh keluar.
Bahan untuk pastri/kulit sardin roll:
4 cawan tepung gandum. **
1 sudu makan tepung beras. **
1 sudu makan tepung jagung. **
1 sudu makan (rata) garam halus. **
2 sudu makan planta.
1/4 cawan minyak masak.
1 1/4 cawan air sejuk - anggaran. Jika kurang, boleh tambah lagi.
1- Campurkan semua bahan bertanda ** dalam bekas.
2- Panaskan minyak masak bersama planta hingga planta cair.
3- Curahkan minyak masak/planta tadi ke dalam bekas berisi tepung. Biarkan sekejap.
4- Gaulkan bahan 1 dan 3 tadi hingga menjadi seperti serbuk roti.
5- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Anggaran uli dalam masa 5-8 minit.
6- Dah siap uli, tutup bekas tadi dengan kain lembab. Perap selama lebih kurang 15 minit. Jangan kurang. Lebih masa takpe. Tujuannya untuk sebatikan doh dan untuk melembutkan doh tadi.
7- Lepas tu, buat bebola kecil sebesar bola pingpong. Canai doh seperti gambar di atas.
Bahan untuk inti sardin roll:
1 tin besar sardin cap ayam.
1 labu bawang besar - dicincang atau potong dadu.
2 ulas bawang putih - dicincang.
Garam secukup rasa.
2 sudu makan cili kering kisar - atau boleh juga guna cili padi - ikut suka masing-masing.
Masak macam kita buat sambal sardin. Masak hingga kering. Sambil kacau sardin dalam kuali, sambil tenyeh ikan sardin tu bagi hancur. Lagi kuat tenyeh, lagi cepat sardin tu hancur. Hahaha.
^
Dapat 46 biji sardin roll.
v
Jika nak ikutkan, sardin roll ni kena bakar dalam oven tapi aku ni jenis nak jimatkan letrik. Makanya, aku bakar sahaja di dalam kuali non stick ni untuk buat yang frozen.
^
Bakar sebelah dan dua-dua belah. Saja nak tengok perbezaan antara kedua-duanya. Mana yang sesuai untuk di-frozen-kan.
v
Yang bawah ini pula merupakan sardin roll yang aku goreng untuk dimakan segera. Alang-alang dah goreng sardin roll ni, goreng la sekali sosej tu. Dah bertahun-tahun tak beli dan makan sosej. Kali ni, beli dan makan balik semula. Sesekali, takpe kot. Heh.
p/s: Boleh la untuk makan sendiri. Sardinpun mahal oii.. Sardin cap ayam pulak tu.
.
Yt kalau buat roll guna roti gardenia. hahaha. tak aci kan? kah! harap suatu hari rajin lah buat roti nya sendiri.
ReplyDelete