Assalamu'alaikum.
Kemas kini kebun mini.
Hari ini, aku agak sibuk sedikit. Pagi sampai pukul dua petang, aku dok kemaskan kebun mini aku ni. Itupun belum selesai lagi mengemas. Kena sambung esok pula. InsyaAllah.
Aku punggah pokok keledek yang aku tanam dalam pasu hari tu. Ingat nak tanam pokok lain pula. Tengah dok fikir nak tanam pokok apa. Rasanya nak tanam jagung manis sebab benih dia ada lagi. Janganlah benih tu rosak. Rugi je nanti.
Lepas punggah keledek, aku punggah pula bayam brazil, halia dan pegaga nyonya. Aku keluarkan dari pasu dan letak atas tanah. Aku nak guna pasu panjang tu sebab nak tanam sawi pula.
Kemudian, ubah pula kedudukan pasu yang ada pokok limau kasturi ni. Pokok ni aku baru tukar pasu dan tukar sekali tanah dia. Pasu lama tu terlampau besar dan tanah dia pula tak serap air. Tu yang buatkan pokok limau tu terencat. Harapnya lepas ni dia subur balik semula la. Sayang pokok ni sebab dah lama dah mak aku tanam dalam pasu tu.
Pinggang dah mula rasa sakit dah ni tapi kerja memunggah pasu tak selesai lagi. Macam mana ni? Jadi, akupun minta la tolong abang aku untuk ubah pasu besar yang aku tanam asparagus tu ke tempat lain. Tempat lama ni dah nampak sesak sangat. Lagipun pokok asparagus tu semakin merimbun. Kesian pula kat dia sebab susah nak bernafas. Ehh..!
Letak pasu asparagus kat sini pula. Harap dorang serasi di tempat baharu. Harap dorang rajin keluarkan rebung dan rajin juga keluarkan bunga betina. Selama ni asyik keluar bunga jantan je. Kalau ada bunga betina, boleh juga buat benih. Boleh juga biakkan lagi pokok asparagus ni.
Botol minyak Saji ni pula, aku dah siap cuci dah semalam. Aku sidai sebab nak bagi dia kering. Nanti aku nak sapu cat kat luar botol tu. Ada la projek yang aku nak buat nanti. Heh.
Dan inilah hasil keledek yang aku tanam dalam pasu tu. Comel je dia punya isi. Jadi la. Dapat juga buat taik gigi. Hahaha.
Petangnya pula, aku restock pes sambal frozen sebab stok dah licin dah. Kuat pula aku menyambal kali ni. Heh. Dah ada pes frozen, kerja jadi mudah maaa.. Haha.
p/s: Hari yang meletihkan tapi berbaloi. Alhamdulillah.
.
No comments:
Post a Comment
Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..
^__ahak__^