Pages

Saturday, April 13, 2019

Kek marble: Resepi setelah diolah beberapa kali.

Assalamu'alaikum.

Kek marble: Resepi setelah diolah beberapa kali.


Ini merupakan kali kedua aku buat kek marble untuk tahun 2019 ni. Kali ini, aku agak berpuas hati dengan hasil kek tu. Setelah berkali-kali asyik buat kek bantat dan tak menjadi je, kali ini aku berjaya juga dapatkan kek yang menepati selera aku. Walaupun kejadian kek tersebut tidak la se-gah mana, namun aku tetap bersyukur. Alhamdulillah.


Jom la tengok gambar. Gambar tak cantik sebab aku tak edit dan aku hanya ambil gambar dengan menggunakan kamera dari handphone nokia E5 aku yang rare tu. Okay la tu. Walaupun guna handphone rare, gambar kek tu tetap jugak rupa kek. Takde la gambar kek tu jadi rupa nasi kandar ke, nasi dagang ke. Heh.













Resepi kek marble ini telah aku olah beberapa kali. Akhirnya, resepi ini yang kena dengan tekak sendiri.

Bahan A:
** 1 1/2 cawan tepung gandum.
** 1 sudu makan (metrik) baking powder.
** 2 sudu makan (metrik) susu tepung.
** Secubit garam halus.
Ayak semua bahan ni dan ketepikan sekejap.

Bahan B:
1 buku buttercup (250 gram).
3/4 cawan gula.
Pukul hingga ringan. Pukul guna senduk kayupun boleh.

Bahan C:
1 cawan telur - ikut la berapa bijipun.
1 penutup botol esen vanilla.
Jadikan dua-dua bahan ni satu cawan. Jangan lebih daripada 1 cawan.

Bahan D:
3 sudu makan (metrik) serbuk koko.



Cara buat kek marble:

1- Setelah bahan B ringan, masukkan bahan C sebiji demi sebiji. Masukkan sebiji telur dan pukul guna senduk kayu tu dalam masa 1-2 minit. Buat sampai telur habis.

2- Kemudian, masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil kacau-kacau guna senduk supaya tepung tak bergentel.

3- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi biarkan plain.

4- Lenserkan loyang. Masukkan adunan berselang-seli atau ikut citarasa sendiri.

5- Bakar sehingga masak. Cara bakar ikut keselesaan sendiri. Saya bakar atas dapur gas je. Anggaran masa membakar adalah dalam 45 minit hingga sejam bergantung pada cara pembakaran yang digunakan.











 Saja la aku letak badam sikit.


 Aku bakar kek ni atas dapur gas je. Bukannya takde oven letrik tapi malas nak gunakan oven letrik tu. Lagipun aku nak jimatkan penggunaan letrik. Heh.


 Tutup dengan penutup oven letrik yang bulat ni. Oven bulat ni guna letrik tapi aku gunakan penutup dia untuk tutup kek aku. Kalau takde, boleh je tutup guna penutup kukus.





 Bahagian tengah kat atas tu tak masak betul tapi okay je boleh makan. Maklum la, bakar atas dapur gas ni api dia tak sekata.








p/s: Sesekali teringin nak makan kek macam ni, baiklah buat sendiri. Biarlah rupanya tak semenggah. Janji kena dengan tekak kita. 
.

1 comment:

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^