Pages

Tuesday, August 27, 2019

Demi mencari sedikit rezeki..

Assalamu'alaikum.

Demi mencari sedikit rezeki.


Bukan senang nak senang. Dan bukan susah nak susah. Begitulah ayat yang selalu kita dengar. 


Bukan senang nak cari rezeki. Jadinya, apabila ada yang nak beli kelapa ni, aku jual aje la. Lagipun buah kelapa ada je kat belakang rumah ni. Tapi, jenuh la aku mengopeknya sampai melecet tapak tangan. Maklum la, dah lama tak kopek kelapa. 😂😂😂


Ada orang nak beli 10 biji kelapa. Makanya, jom la kita mulakan kerja. Mulakan dengan baca Bismillah ya. 😊😊😊



 ^
Letak kelapa dalam besen ayan ni supaya kelapa tu tak bergerak-gerak dan untuk mengelakkan kaki terkena tujah dengan pengopek kelapa tu.
v


 ^
Orang nak beli 10 biji tapi aku lebihkan la sikit. Mana la tau kot ada pulak buah kelapa yang tak elok isinya. Tu bawah jari tu dah melecet dah haa.. Dah keluar gelembung air dah pun.
v
^
Dah siap kopek, terus je pi hantar ke rumah orang tu. Dapat pulak tiga biji buah durian. Alhamdulillah. Dapat rezeki berganda.
v


Alhamdulillah. Dapat la lima belas ringgit. Siapa nak bagi kalau tak buat kerja, kan? Hilang penat apabila dapat duit hasil dari titik peluh sendiri. ðŸ˜‰ðŸ˜‰ðŸ˜‰ Walaupun nilainya tidaklah sebesar mana tapi ia amat bermakna untuk orang yang hidup sederhana macam aku ni. Banyak benda boleh beli dengan nilai lima belas ringgit ni. 




p/s: Jika rajin berusaha, pasti rezeki sentiasa ada. InsyaAllah.
.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^